Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Tuesday, December 7, 2010

I would like to wish

Happy New Year
salam Maal Hijrah 1432

for all Muslims around the world
hope this new year bring more prosperity in our life
more barakah and may Allah SWT bless our life now and hereafter :-)
amin...




p/s- I used to be addicted with tumblr..here my tumblr link.










Sunday, November 21, 2010

semakin tua semakin mahal

' semakin tua semakin mahal ' . statement bukan ditujukan kepada golongan andartu mahupun andartuah. statement dipost khas untuk semua makluk didunia tak kira sex female or male. semua termasuk yah. yes kamu, termasuk juga :-)

as far as we concern . ok ayat macam nak buat presentation. hidup makin hari makin tua. tak perlu tunggu year by year to come over in our life. every minute is worth and it's priceless. dan setiap apa yg kita jumpa is experience. experience is the best teacher ! experience teach us wonderful thing happen around us. it make we realize on what level we are. experience teach us how we going to handle and manage it. experience buat kita kebal dengan hidup and yet experience buat kita malu, no doubt. hey we are human, we have go thorough a lot in our life. we meets different people with different attitude, the way of life and thought, different religion and belief  so forth. whether upset or not, experience make human become expensive !! don't you realize about it ?

manusia jadi semakin mahal. waii? yerla, dah harga barang makin naik, so manusia pun jadi mahal. betul tak ? they are interrelated between economy and life. when government announce that sugar price will be increase by 20sen starting tomorrow (alaaa 20sen je..pun) then besok hari nya  bila lepak je kedai mamak harga teh tarik also will be increase. macam la bancuh 1 glass teh tarik , mamak tu kena taruk 1kilo gula. ye tak ? nampak sangat mamak tu capitalist ! itu kesah lepak kedai mamak. teh tarik manis penggalak penyakit diabetic tu pun harga dah nak sampai macam coffee Starbuck. baik lepak Starbuck kan...

kesah umur manusia dengan brand pulak. tak kesah lah brand apa pun. semakin manusia tua maka semakin mahai lah perbelanjaan harian manusia tersebut. acceptable tak hypothesis ? if we flashback our life starting we kids till now. time kecik-kecik layan baju jenama KIKO tak pun Ladybird. bila masuk sekolah rendah, nak p sekolah nak beg Swan. time sekolah rendah tak berapa kenai sangat jenama-jenama famous. apa ayah beli pakai je. tapi, bila masuk je sekolah menengah, kita start jadi very demanding person. kasut sekolah mau pakai kasut nike. same goes with beg, nak dress-up ala sporty-sporty girl so harus pakai beg berjenama sporty juga. Adidas,Nike, Radioactive, Converse tu  harus ada dalam collection peribadi. lepas level SPM, time untuk study dekat unibersiti. hahh, time ni lagi independent kan. tak payah pakai uniform sekolah. pergi class melaram abis (sorry, aku tak melaram pergi class. reason ? selalu bangun lambat wey, rembat mana ada je, abis rajin aku mix and match baju kurung tudung hitam, aku rasa abis stylo pergi class dress-up cam tu ). ok, sambung balik...umur ni, tak layan dah Adidas, Nike semua tu, time ni layan pulak brand-brand obersees sana tu. Zara, Topshop, MNG, Guess and bla bla bla jadi pilihan. ice-cream pun dah tak layan ice-cream dua kupang tu, layan ice-cream BR je , hakikatnya ice-cream dua kupang tu lagi sedap dari BR. see, makin tua makin mahai kita spend money for necessity things in our life. bukan necessity la it more to our needs and wants  yang tinggi sebenarnya. ~ hohmeygoat geleng kepala ramai-ramai okeh

meh kita tengok dari segi education. people start from zero. when there are injection of some money on people, they become expensive!  manusia jadi mahal bila kita ukur manusia tu dari segi level of education. yesh, becuz people was paid based on their skill and knowledge. when person abilities and skill tu rare, maka dia akan dibayar mahal since it difficult to imitate . then manusia juga akan dibayar tinggi if dia tu unique. tengok jerla supermodel Naomi Campbell tu, skin tone color lebih kurang color kuda Qabil Ambak je kan, tapi disebabkan muka dia alien dan oleh sebab hitam itu menawan maka dia jadi unik. so, payment untuk satu show yang dia dapat pun unik  mengalahkan income DR.Rozmey, kenal tak sape dr.rozmey tu. ala jusmate 5 punya towkeh yang rambut dia stylo-lilo abis tu.

kalau nak ikutkan, banyak factor lain yang jadikan manusia tu mahal. so, now is the time to  used our brain to think out of box just to make you expensive ;-))

Friday, October 15, 2010

bukan spesis tikus mahupun tupai


nak bt karangan darjah1+2+3 = 5
saya ada kawan baru. nama dia 'nnNnn'. dia sangat comel. mata besar, manja, caring, pemalu shy -shy cat gitu. tapi die suka kencing kalau jumpa orang dia tak kenal. tapi takpe, air kencing dia tak bawa maut macam air kencing tikus sebab hari-hari minum air kosong saja.tapi dia high taste, makan buah-buah je. kata nya nak diet, buah-buahan tempatan dia tak layan. makan anggur, epal, lai . tapi dia suka sengkuang (senkuang kan china punya ).  dia kata nak berpegang dengan diet vegetarian..lantak dia lah. tapi dia kuat tido...ikut jam asutralia, sebab dia datang dari situ. saya balik class pun dia still tido.tapi time saya tido, dia syox main-main, bising-bising satu bilik. eh awak tahu tak yang awak ni illegal stay dalam college ni. please behave la before orang lain tahu awak stay dekat sini



'nnNnn' or known as sugar glider and in scientific name Petaurus breviceps
kalau dia malu, macam ni
ne ha, baru kakak betul 'nnNnn', miken. animal lover, rumah dia dah macam zoo. dia cakap after 'nnNnn'  dah besar sikit nak beli tarantula.macam-macam 





Sunday, October 3, 2010

Flight entertainment..huhuu

 
Lady Gaga and Ketty Pery must be proud when watching this video.hahahha
if MAS, zai rasa dorang patut buat lagu dongdang sayang ker, mak limah ker, sesuai la dengan pakai baju kebaya tu kan. kang menari california girl. lets dance kena sengteng kain naik atas, dah tak nampak gaya perempuan melayu terakhir.

Monday, August 16, 2010

Sale hola hola sale


sunday weekend, otak baru set yang hari ahad 15-08-2010 ialah hari untuk duduk diam diam dalam kolej. Tapi, plan berubah. pagi-pagi meera cakap yang kaki nya yang injured tu dah ok. tapi aku tahu maksud tersurat dia, dia mahu keluar melihat dunia luar. Dunia luar yang tak berapa nak luar, mid valley. OTAK mula menghantar signal risau+takut bila dengar nama shopping complex, tambah tambah bila  ada jer word SALE, up to 70%, nafsu di bulan puasa sikit tergugat. Bukan sikit agak banyak yang tergugat.

Bergerak secara pantas, tanpa toleh kiri-kanan ke midvalley guna public transport. sempat lagi tidur dalam train, nak ambik energy untuk tawaf satu midvalley. akhirnya misi berjaya tawaf bukan sekali tapi berapa kali pun tak tahulah. agak-agaknya amoi-amoi pun dah boleh cam muka kita ye tak ?

first kedai kitaorang dropped mestilah MPH. selaku student berkaliber, time shopping harus juga ingat buku, baju boleh beli mahal-mahal kenapa tak buku ? tapi, niat tersasar. buku berilmiah bukan menjadi sasaran kami, tapi buku ini menjadi tumpuan .....

okay kan ?

after senyum-senyum di kaunter MPH, kaki terus ke kedai-kedai/boutique-boutique yang menulis word SALE besar besar dengan matlamat boleh me-minimize expenses, tapi boleh dapat items yang meletop habis. biasa la tu manusia, nak barang mahal tapi harga murah, sapa nak kasi cheq oii ? 


antara kedai menjadi sasaran ialah zara,mng, topshop, topman saya tak layan, dorothin perkin dan seangkatan dengannya, yerla dah dia tulis situ discount 70%, siapa tak nak masuk kan..tapi, yang pasti harga after discount still tak memenuhi citarasa kitaorang. hanya sempat rembat satu baju je dari banyak-banyak kedai tu, tu pun after berapa jam pusing , queue nak  masuk fitting room lagi, and queue nak bayar lagi. Last-last cotton on juga jadi pilihan sebab harga sangat murah tapi korang still boleh dapat benda yang lebih kurang sama dengan apa yang ada jual dekat zara, mng,, topshop bla bla bla. tak ker untung disitu ? beli harga murah tapi lebih kurang topshop ? disini saya nak meng-highlight kan takda apa-apa pada jenama. haaah semua tu hanya label okay, jangan terlalu taksub dengan jenama yang tidak ada apa-apa tu.

Tapi, yang peliknya, kenapa foreigner ramai yang shopping dekat situ, I means topshop and blah blah.. padahal baju-baju tu semua dari negara dorang, yang sudah pasti dorang boleh beli dengan harga yang jauhhhhhhhhhhh lebih murah compared to Malaysia. tak ker pelik ?

stop sebentar, bagi laluan untuk azan berkumandang tandanya sudah tiba waktu berbuka. cari-cari dan terus cari kedai makan, lastly just makan fast-food since senang nak order, ambik satu set dah kenyang perut. simple rite ?

u should try this one-mushroom burger 

selepas melantak sampai tak tertelan sebab besar sangat buergernya, ekpidisi diteruskan lagi. Pacaindera tertarik dengan booth Sony, booth ker? but more to exhibition yang tengah membuat bidaan jual barang-barang sony,


saya terpesona lalu kaku lalu terus rasa nak belanja meera ice-cream sebab terlalu dukacita dengan harga bidaan yang ya-ampuunnn murah. tapi siapalah saya, bukan anak datuk, tan sri, puan sri, senator...so, untuk merawat perasaan kecewa, orang cakap chocolate can be cure your heart-broken, so jom mengorat abang-abang jual ice-cream tu .ada apek, ada ali, ada mutusamy, so cukuplah kaum satu malaysia. oh saya lupa apakah kedai jual ice-cream tu, yang pasti bukan BR or H.D




yang zai suka, dorang sangat la sporting. tengok, berapa sudu dah dorang kasi zai rasa, actually banyak lagi sudu tu, tapi dah dibuang okay. paling-paling sedap hazelnut, second sedap chips ice-cream, and paling tak sedap lemon ice-cream. coconut ice-cream juga best, tapi agak muak.

meera kekasih gelap pertama zai. hahaha


then, terus pulang.ohh saya mengantuk, besok zai xsabar nak jumpa madam kishkish cause dia suka buat bunyi mcm buka penutup tin coke, tapi mintak-mintak tak tersasar class pukul 10.30 tu .amin.
- saya zai rindu kedah -


Monday, July 19, 2010

My bedtime story part II

Claps claps!! congrats to myself  berjaya post 2 entry within few minute  Ini entry ke-dua selepas beberapa minute post entry My Bedtime story part I. Entry kedua ni perlu juga post harini because today is one of the date I must to remember 19072010. The date where one super hot girl was born in Penang.

~ meera ~ 

second activity within one sunny day called Sunday.

after bergegas pulang dari Explorace dengan berlari-lari kakak , cepat-cepat bersiap untuk second event. Event yang direka dan direncanakan sendiri oleh zai + miken. To be frank, there are the only two beautiful best-friends i have so far. so, no wonder I keep repeating writing their name dalam previous entry zai, korang perasan ? dan satu lagi korang perasan yang zai asyik tulis birthday events saja? kalau perasan, bagus..nampaknya kamo alert .

Again, we went out to celebrate Meera's birthday in advance at Sunway Pyramid due to schedule hari Isnin full dengan class. we spent time together cuci mata as we always do as part of our routine and eat at Fig&Olive, menu based on middle east country.  We have something special for her, ok dia boleh decide sendiri what kind of present dia nak, and she choose cookies since she love to eat even orang nya kurus. dan satu lagi suprise is ....

tadaahh...


look--her 21rd birthday cake, even with one slice of hazelnut cheese cake with variety of fruits tapi lebih nikmat dari makan Secret Recipe's new york cheese cake


lighter pinjam dekat waiter restaurant tu..thanks =P 

sudah pesan, jangan tiup kuat2 takut tersembur air liur, penambah kelazatan sedia ada

cant wait..sungguh rakus pandangan itu

when I started to believe the existence of 3 girls
 

end up pulang ke hostel dengan hati riang perut penuh girang

* happy birthday meera, hope u always being like when I start to know who you are*

Sunday, June 20, 2010

silent

assalamualaikum semua...
sihat-sihat kah kamo semua, kalau tak sihat apa lagi perlu buat..makan obat mehh
ada baca title entry ni pasal apa?
silent...
yg bermaksud diam kan
so, zai nak cakap yang blog zai akan sunyi sekejap daripada mengeluarkan output
nak kasi blog ni rest kejap
tapi tak lama yer, kejap je
sebab ada misi yg perlu diselesaikan, yeshh
tapi takpe, blogwalking akan tetap berlaku ke blog anda
happy blogging guys!!

ps: congratulation to all my friends yg suksesnya berjaya menebus masuk ke level degree, nampaknya ramai yang tak murtad dari fakulti FSPPP ekk, kepada tidak berjaya, cepat-cepat buat rayuan :)

Wednesday, June 16, 2010

Some of The Animals In Our Life

we work like a HORSE
some of us eat like a PIG...
we like to play CHICKEN
we can be as slippery as an EEL
we get DOG tired
we can be as quiet as a MOUSE
don't turn out to be a dirty RAT
we can be as quick as a FOX not Megan Fox
some of us are as strong as an OX
people try to BUFFALO others
some are as ugly as a TOAD
we can bee as gentle as a LAMB
at times we can sing as a LARK
some people drink like a FISH
we can be as proud as a PEACOCK
a few of us are as hairy as a GORILLA  !!
you can get a FROG in your throat
we can be a lone WOLF
you can be a loan SHARK
but I'm having a WHALE of a time !

ps ~~ snorkeling ??

Monday, June 14, 2010

aku, perempuan dan dot dot dot

Ini entry perihal kisah hari itu, ke pusat party-party bersama siblings untuk amalan party-party.Pusat party-party itu lokasi letak dekat Penang, iaitu Queensbay hahha.Itula tempat party aku suka pergi even sangat bosan tapi biarkan je bosan tu. Tapi kali ni takde la bosan since pergi dengan siblings yang jarang-jarang jumpa so mood bosan tak happy pun tukar mood over happy :-)))

sisterhood, thanks for the pleasure !!

First!! Perut mesti disi sebelum aktiviti meredah lautan orang ramai busy membuat investment dekat shopping mall tu. Maka otak mula susun restaurant fast food yg ada dekat situ. After penapisan dibuat oleh pihak ISO, hanya Mcd / A&W yang lepas saringan. Tapi, jalan punya jalan terjumpa SUBWAY.

 yeaa nak makan !! follow step nih to make the order

nak buat decision pun susah . rasa mau makan semua sebab setan dekat sebelah tuu

then, lastly pilih yg ini. lupa la order apa no.. 2 kot, half saja sebab setan dah ku tolak suh main jauh-jauh

Tengok hati sangat girang sampai habis ku bedal makanan tu, sekali air habis disedut sebab panas sangat.Actually, SUBWAY baru buka dekat Queensbay. Sebelum ni kalau nak makan subway kena pergi KL. So, lepas ni nak lepas gian makan SUBWAY tak yah lagi susah-susah nak menapak p KL. Tapi what make it different mestilah service dia kasi kurang ummm, kurang efficient , slow sikit, and tak se-hot Subway dekat KL. Memang la hot from the oven, tapi time makan tak panas , still rasa sejuk-sejuk so kurang layan . rasa macam makan roti masak semula.  

Perut kenyang, meh kita p exercise ronda-ronda shopping mall. Mata mesti bersinar-sinar tengok awek -awek cina Penang yang cun ber-short pant sebab suhu Penang sangat global panas .Jalan-jalan nampak satu outlet Country's Tid-Bits & Candies Cottage yg baru buka dekat Queensbay.

ini candies sajer, jajan tempat lain
 Expression muka kena pelbagai semasa sesi taste sampel makanan

Kena try semua marshmallow tu even rasa sama tapi shape lain-lain.Muka excited dengan misi nak try semuaaa sample candies&jajan yg ada kat situ.
opocot!!!  tengah belasah cukup-cukup my sis terjah  tanya takmo beli ker , itu muka terkejut macam diatas. langsung terus cakap ya ya nak beli lah nih, tapi blum habis lagi rasa nehh. how come ??
so, after sesi pembuangan duit dibuat, terus ke misi seterusnya...balik Kedah.

tapiii sebelum balik, dropped dekat sini dulu..dahaga lahhh, plus, bau nescafe+coffee mana boleh tahan doe..teringat caramel dia arghhh layann 
then jalan kaki pulangg, parking dia sangat la tak lawa jalan berlobang-lobang ok.ta ta

sekian laporan dari zai untuk berita hari jumaat lepas..aku, perempuan dan dot dot dot..

hahhaa saja membuat entry penuh bergambar sebab bosan kalau asyik nampak tulisan jer, maap yer

Saturday, June 12, 2010

Born in USA murdered for Palestine

Ini entry berkaitan dengan peristiwa misi keamanan untuk Palestine 31 Mei 2010 . Rachel Corrie. Salah satu kapal yang menyertai misi keamanan ke Gaza 2010. Siapa Rachel Corrie tu ? 

Pada 16 Mac tujuh tahun lalu iaitu 2003, masyarakat dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam, aktivis kemanusiaan warga AS, Rachel Aliene Corrie,23 tahun ketika kematian beliau yang dihempap jengkaut Israel ketika cuba menghalang rumah orang awam dirobohkan di Nablus. Rachel bukanlah aktivis pelampau daripada pertubuhan radikal sebaliknya hanya ahli Pergerakan Keadilan dan Keamanan Olmpia sebelum menyertai kempen berkaitan keamanan dan isu alam sekitar. Dengan semangat itu, Rachel ambil keputusan bercuti daripada pembelajarannya di Kolej Evergreen untuk menyertai bantahan kemanusiaan di Rafah, Palestine.

Rakan aktivis ISM Rachel, Joe Carr merupakan saksi kematian Rachel menyatakan ketika kejadian dia berada tidak jauh dari Rachel dan nampak jelas jengkaut menghempap tubuh gadis berkenaan. Sebelum itu, dia melihat Rachel melutut di depan jengkaut yang dipandu pemuda Israel dan ketika itu jarak 15 meter dan memakai jaket oren terang yang pasti jelas oleh pemandu jengkaut tu untuk melihat. Pemandu itu terus memandu ke depan dan mengorek tanah berhampiran Rachel yang menyebabkan dia terjatuh. Tetapi jengkaut tu still bergerak ke depan sebelum undur dan bergerak ke depan lagi. Selepas jengkaut itu berundur, mereka menemui Rachel di bawah runtuhan berkenaan dan ketika itu keadaan amat parah dan darah tidak henti-henti keluar daripada hidungnya. Mereka mendengar dia merintih mengenai belakangnya yang patah dan tidak lama kemudian matanya terpejam. 


Untuk berkongsi kepada umum bagaimana keadaan Palestine mengikut pandangan Rachel, Cindy membenarkan kandungan e-mel yang dihantar itu disiarkan The Guardian, mac 2003. Kandungan e-mel tu juga diselitkan dalam sebuah buku memorial bertajuk Let Me Stand Alone, terbitan syarikat W W Norton. Daripada penulisannya, Rachel benar-benar mengkaji kaedah penentangan yg digunakan tokoh keamanan dunia, Mahatma Gandhi dan Marthin Luther.Setiap 16 Mac, masyarakat dunia berkumpul secara aman untuk meperingati jasa gadis kerana keberaniaan beliau semata-mata utk membantu mempertahankan tanah air mereka daripada kezaliman Israel.

" Rachel adalah warga Amerika tetapi mempunyai darah Palestine "

Syukur 21



Kesengalan pagi Jumaat sangat terasa ! pagi yang sepatutnya bangun dengan senyuman  penuh air basi bertukar kepada hari bising-bising serumah . Rasa macam nak jer pukul-pukul laptop ni even dia tak bersalah (maaf bertindak liar).  Ni semua sebab website UiTM untuk check result. After try dari malam-pagi then lastly pukul 10 pagi baru boleh check, tu pun bukannya link terus ke main page result but link to mini transcript, huhh takper la. At least boleh tahu result kan. So, result alhamdullilah! Thanks untuk doa-doa korang yer, to my BFF meera, miken, sue, g’are ohh ramai kot nak type (cukup kepada semua member yang kenal aku, budget famous) , DPA students , I know Haziq ada baca :-).  To my precious siblings and absolutely to my emak and ayah thanks a lot for the support . kawan-kawan blogger zai juga yahhh either wished me gud luck dekat blog or facebook time nak final exam haritu ..Macy, Sue, Iema, cikbunbun,days, kayuubi,Skycrapper, anoz, aida, balqis (ehem ehem nama baru list neh) hurmm sapa lagi ek ? jangan merajuk zai tak type nama korang..bukan lupa Cuma entry ni buat sepantas kilat, on the spot on the dot sebab zai nak kuar, yehhaaa. Heppy dengan result so kena berparty-party dengan siblings di pusat party-party . But now just wondering degree nanti dapat mana pulak, kena tunggu lagi. Tahu tak penungguan tu bukan satu penyeksaan, tapi berpuluh-puluh penyeksaan !!!

Ok, NAK KELUAR.. to be continue !
terlepas opening FIFA world cup ah..uishhh

Sunday, May 30, 2010

Hello and Goodbye

Sahabat itu pelakon sampingan hidup kita.Hari terasa kosong tanpa gelak-tawa sahabat macam ikan sardin padat dalam tin yang telah dibuang isinya untuk dibuat sandwich. Semangkuk maggi perisa Hot Spicy atau Tom Yam memang pengerat silaturrahim sahabat.Biscuit kering empat segi terasa macam delivery pizza hutt  panas bila adanya insan bergelar sahabat. Bila bersahabat yang paling best bila rasa sugar oh honey honey you are my candy girl dan paling tak best bila rasa masam, masin, pahit, tawar. Normal la tu...
Jari menaip mengikut rentak hati yang kepingin ketemu teman-teman. Ayat-ayat metafora lagi hiperbola terpampang di skrin putih lagi suci selepas otak mengantar signal Rindu Sahabat itu. Maka terjadilah entry Hello and Goodbye...

Watak satu

Meera. Selaku secretary dan juga reminder. Counselor tidak berijazah no.1 aku. Peneman setia ketika makan dan jalan-jalan. Sahabat ketika time beli dan blah.  Teman study selama 30minute, teman tido 2jam. Idea selalu bercanggah tetapi selepas brief explanation baru idea bercantum. Baru berubah image, hopefully kekal insyallah .Kalau degree dapat campus lain, macam mana nak survive ?

Watak Dua
Miken. Raut muka keturunan cina satu bonus. Kadang-kadang orang luar tertipu dek kerana kefasihan bercakap sarawak tetapi awas dia berketurunan Wan negeri Perak. Juga counselor no.2 aku. Selalu support dengan nasihat bernas dan ucapan yang tuntas lengkap segala contoh dek kerana ex-debater skill yang ada. Juga selalu berada di posisi kiri ketika pemanduan kereta manual oleh ku yg tak confident memandu manual, tapi itu dulu sekarang sudah mahir hukhuk..ok Miken, aku try to be cool, not clumsy !!

Watak tiga
Sueraya anak pakcik Safie. Dalam list name attendant class nama dia atas nama aku. Hati lembut sangat dan super sensitive yang tak makan hati sesiapa. Tenang jiwa dan penyabar. Mr.Hairi, game dan dia tak boleh dipisahkan. Mengajar aku untuk jadi lebih sistematik. Juga baru bertukar image bertudung lagi ayu, harap kekal. Peneman tengok filem seram tapi time tido dia paling takut. Dengar bunyi pelik terus ubah tempat tido, pergi toilet pun berteman  ahhaha (Gelak besar besar besar)

Watak empat
MayMay. Aku rindu may2 yang dulu. Hati keras pun lama-lama lembut wey bila imbas kenangan lampau. Lampau macam tolak kereta sewa sebab minyak abis, mcm mana nk dapat harga sewa kereta murah, bonceng motor jumpa pakcik Tempe. Dia juga ustazah kitaorang upss jangan korang nilai dia dari luaran sebab lepas solat, dia yg bagi sesi tazkirah between aku, meera, miken. Penuh dengan petua bila dia start berkata 'Orang Tua-Tua cakap...'. Dia ajar aku study dengan kaedah smart tag, relax . Sorry...

Watak Tambahan
 kiri--> Belang- Jen- Ket- Haikal-Man
Tanpa mereka, tiadalah lah istilah BBQ. Suka berkawan sama dorang. Respect perempuan (mesti korang bangla ???). Mengadu sikit, sudah settle.Cakap saja mau kemana, pasti mau join. Ups, aku pernah angin dengan Haikal, tapi itu sebab hormon tak stabil, api temu api mesti terbakar kan so sorry haikal. Tapi awas, mau buat date dengan mereka-mereka ni mesti kena inform awal 3jam, sebab mereka memerlukan masa untuk taruk blusher, eyeshadow, bedak 3 inci untuk dress up. Panas weh tunggu hampa bersiap!! Mereka2 ni juga pantang bertemu air, tak kira air zamzam, air mata air, air hujan, air terjun, air laut mesti nak berenang katak. Tiap-tiap kali raya, muka-muka dorang mesti terpampang dekat rumah aku sebab itu acara ritual setiap tahun dengan satu tujuan utama untuk tackle kakak aku, wehh dia dah bertunang lah aku cakap.Dan kau takkan ku panggil abg ipar ku..kahkah.Terima kasih juga untuk teh tarik ganja Jitra mari yang superb itu, akan ku introduce kan kepada teman-teman seantero yang lain

semoga berjaya semua..Amin

p/s ada berkenan mana-mana teman zai kat atas, sila hubungi saya dengan kadar yang pantas !

Monday, May 17, 2010

Love is in the air

ini entry sangat panjang pasal perasaan . kalau tak suka berperasaan sila jangan gatal mata nak baca dan stop cakap owner blog ni sangat annoying nak bercerita. 

semalam hari guru, tapi tak buat entry pasal hari guru . Itu sebab la Cik Macy tuntut wished dgn hadiah . Macy future cikgu yg bakal dapat hadiah banyak time hari guru sebab mengunakan kaedah Communism. aku mempunyai masalah nak hafal nama cikgu-cikgu tapi sorang cikgu ni memang aku ingat sangat-sangat. Dia  cikgu class darjah satu sek.keb.kulim, cikgu Yang Rozita. aku ingat nama dia pon sebab suka usha anak laki dia yg tua satu tahun dari aku, tengok aku dah ada ilmu cinta since kecik-kecik lagi. tu pasal bila besar tak gatai sebab dah immune.so tak kisah la orang cakap you looks so matured, yesh bonus untuk aku :))


Pagi isnin ni tiba-tiba ja nak type pasal cinta, tak pernah aku buat entry pasal ni okay. malu la wey !! sebab  selalu jer nak berlagak macho kalau cakap bab ni, nak berlagak macho sebab ada perasaan ego, dah sila buang perasaan ego anda ke laut cina selatan. actually i try to escape myself talking about love with people opposite my gender, guys!! jangan gelak dengan statement aku, my friends always mention aku takder perasaan dekat kaum adam. disebabkan muka aku yang sangat takda respon bila jumpa kaum adam. apa ingat aku tak de perasaan ker, don't judge me through my behavior yang kurang behave tu. sekarang sudah 21 maka otak harus berfikiran waras ala-ala 21 tahun and onwards.

crush korang mesti pernah kan crush with someone kan ele elee tak mau ngaku. mengaku sajelah weh, tak jatuh pun saham korang kalau mengaku pun. sepanjang membesar, memang banyak kali lah syok sendiri dengan lelaki-lelaki . first crush dengan anak cikgu aku tu, itu aku paling ingat sebab lepas tu pindah sekolah  lain. waktu dekat sekolah baru, ni ada lelaki tak baligh hantar surat cinta via kakak dia sendiri.wowoh yang tak boleh blah lelaki tak baligh tu class-rep aku sendiri, lepas tahu terus asyik buli dia sebab aku memang famous gelaran buli-buli lelaki, maaf waktu tu aku tak kenal perasaan malu, main belasah saja. maaf juga untuk lelaki tak baligh, sebab surat kau yang tak jiwang tu terus ku buat kapal terbang tanda cinta kau aku tak approve.

bila dah masuk menengah, umor pun dah tambah belas-belas, maka perasaan malu dah menebal, pergi sekolah pun mau kemas-kemas,kasut dah tak mau pakai yang pelekat2 mesti nak kasut bertali, tiap-tiap hari baju mesti basuh kasi bersih, kasut tiap-tiap petang sapu kapur, iron tudung tahap dewa takut berkedut, yerla masuk sek.men mestila jumpa insan bernama lelaki, bukan lelaki tidak baligh yah. sekali lagi hormon gatal aku kembali active!! aku dah start syok dekat remaja itu.  pergi sekolah kalau sehari tak tengok muka remaja itu memang frust, time tu pergi sekolah memang kau lah sumber inspirasiku, kerap lepak class member2 yang satu class dengan remaja itu, kalau cikgu ada meeting aku lah paling happy sebab remaja itu selaku pengawas mestilah dia kena jaga class, buat-buat dapat guide class aku, hoooray sekali lagi. if remaja itu ponteng sekolah alllaa muka Yellow Smiley pon dah tukar jadi muka Garfield .tapi syok dekat remaja itu dah makin berkarat sebab bosan tengok muka macho dan perasan hot dia tiap-tiap hari-- sebenarnya kecewa lepas tahu dia bercouple dengan perempuan tua dari remaja itu--  pergi class tusyen pun ada syok dekat remaja lain , tapi penangan  nya taklah sehebat syok dekat remaja itu :P

lepas sek.men. zaman masuk university. cikgu cakap nak bercinta waktu ni la nak cari couple yang sesuai dan baguih-baguih. tapi lecturer pulak cakap You all janganlah couple-couple time you all tgh study, it will affect your performance then cgpa pun bakal dropped juga. huishh habis tu zaman bila nya nak cari couple ? zaman university, umor 20 cinta ku dengan lelaki itu,  lelaki itu cinta PJJ sebab jauh bukan sebab lelaki itu student PJJ. entah macam mana la aku yang ego dan sombong ne boleh terus accept.tapi tak lama pun , terus aku dan lelaki itu sign surat cerai time waktu kemuncak final exam,nangeh air mata keluar macam gajah kencing tapi syukur tak effect result sem 5 .tapi bila fikir-fikir balik, lawak lah  menangeh tak tentu pasal sebab lelaki itu. makanya, aku memilih jalan selamat untuk tidak senyum langsung dekat lelaki-lelaki yang berselisih jalan dengan aku sampai sekarang. bukan sombong, jaga aurat lah.

 pic taken after pengakuan aku janji tak mau contact kau dibuat. muka seharusnya begini bila sign agreement bercerai , have to hang out with your friends, fun fun chill chill and chill


and now, I have learned not to worry about love at all. I believe love is always here even if your not there.Just lets make it happen naturally without we, need to force to get it...though the good the bad can always give us some learning experience :--))))

Thursday, May 13, 2010

when she start to make a list

baru 3 hari my sem break start since my last paper is 9 May
tapi sudah mula bosan 
>> i do believe others blogger feel the same too, unless kalau korang kerja<< 
so, cuti-cuti ni kan rasa macam nak buat ni :
  • improve my vocab yg sangat la teruk, I always keep repeating used the same word, nmpk sangat English aku tak boom bastik
  • harus bertapa dgn mak dkt dapur >>selama ni aku jadi tukang pemerhati ja, lain la if mak aku takder, memang no choice aku kena masak sendiri instead of just makan roti ready to eat <<
  • rumah Miken >>compulsory<< sue!! nak join ? meera, after bace blog aku, please text me up soon , my mak dah kasi green light, so apelagi tekan minyak , jangan tekan break
  • Langkawi 
  • modified blog aku yg huduh, yes I'm realize  :(
  • sekarang malas betoi layan novel, sory jiwa aku sudah tak jiwang 
 itu jer,  banyak-banyak kang nanti tak dpt achieve all the target

Friday, April 23, 2010

Delicious Night --> Morning

I'm obsessed with caffeine, especially Nescafe, coffee? so-so. the consequences I got is I still cant sleep till Subuh and maybe till tomorrow morning when my mak get ready to go to pasar, then back from pasar then continue prepared us a meal  then and then and till now -huh I hate with this circumstances when I'm got stuck to handle with my problem- 
some people say caffeine is not good for health, but some said it very useful for our body, increase our metabolism , and of course help to accompany  us to stay up till the next days, gets us to be fresh all the day, but your eyes will get eyes-bag don't worry, eyes-bag will say hye-hye to you, and bye-bye when u able to work-out from your unscheduled sleeping time problem.
So talking bout coffee, nescafe and bla bla, which spot of lepaking you prefer with ?                       
 
Starbucks is just awesome with the green-wood decoration, how their waitress/waiter entertain us by explain in very detail all the menu  and smile of course. I just feel great.I will stopped  by at Starbucks just to take a cool drink break. I'm not showing off  !! hey come on, if you see someone enter Starbucks doesn't mean she/he want to show-off okay, I know not everyone can afford RM15 coffees, yet for many students, these have become the standard benchmark for acceptance. guys come on,  this is the time you want to buy anything you want, then when you got married, of course you have a lot of burden to carry right?. so, to spend RM15 for only one cup of Nescafe or Coffee on that time is not affordable at all unless you already in stable income per month, then every night you are welcome to Starbucks. so never simply judge but observe with a positive mind...
                               

 Fast food restaurant

this is another my favorite spot to lepak either with my friends or siblings!! of course I choose Mcd hee. oh yea Mcd Seberang Prai is always in my hearth wuahwahhaa, why? absolutely due to decoration yang cun tuu, an always in crowd with people heeh and 24 hours operations of business !



 Mapley

whose say zai tak layan mapley? tossei mapley always in my stomach.hehee, this spot will be my in  list if duit dah nipis, yeah with only RM1++ cup of tea tarik yang super delicious (that why, malaysian have tons of patient who suffered diabetes, high blood pressure, hearth attack etc ), siapa yang taknak kan. tell me ?? but why guys suka lepak mapley huh ?


My Mak's Kitchen 

heh, my last choice in case I try to be the modern-super girl and am no ordinary consumer. As such, I declare that our real fiscal benchmark is the SPI ( Super girl Price Index), which all the expenditure will be control strictly due to shortage of money. With my mak kitchen,  everything is free, 3in1 nescafe just cool !!



I do think everyone has different views on this matter ... so tell me which favorite lepaking spot you like better ?

Friday, March 19, 2010

kehidupan Paranormal


kehidupan panorama paranormal aku telah bermula ! Dengan tidur hanya cukup-cukup 2jam, mampu membuatkan mata aku kelihatan seperti beruang panda dan juga sedikit kelihatan seperti gadis melayu Gothic asli .Bagi aku, itu tak jadi masalah politik mahupun dunia. kecantikan tidak dititikberatkan buat masa kini. itu hanyalah propaganda. tumpuan utama hanyalah pada misi pengaman dunia iaitu turun padang, tinjau persekitaran golongan miskin tahap tegar di wilayah jajahan Tanjung Dawai. ini tajuk research yang telah mendapat undian simpati dikalangan ahli kumpulan. pemerhatian harus dilaksanakan dengan kadar segera.ini setelah dipaksa oleh sekufu-sekufu aku, setelah melihat calendar 2010 yang agak padat pada bulan March hingga April.

kehidupan perlu diterokai...

research aku berkaitan kemiskinan tahap tegar. so, kitaorang dengan sebulat idea setuju memilih Tanjung Dawai, kedah kerana persekitaran fizikal nya yang sangat boleh dianggap sebagai miskin tegar. what is more, mostly penduduk disitu merupakan nelayan. jika kamo anak nelayan, semestinya kamo sudah maklum liku-liku kehidupan seorang nelayan yang pendapatan nya kurang dari RM500. bukan tetap ok, but depends to the weather. kalo angin kuat, memang tak der duit langsung

hari pertama..
tanpa dirancang, after class terus gerak ke tempat kejadian, dalam hati sumpah cuak, takut tak dilayan oleh mereka-mereka yang senang hati sedang berlepak di warung-warung tepi jalan sambil main dam dan carum. dan sudah pasti, golongan yg menguasai setiap inci sudut warung itu adalah golongan yang semakin pupus-LELAKI- muke dengan senyuman tidak  simpul sebaliknya dengan senyuman lebih untuk mengoda pokcik-pokcik, dan abe-abe di situ. ini supaya kedatangan kami tidak disambut dengan penyapu seperti yg telah dialami oleh supervisor kitaorang, madam ira. melihat saja kelibat kami, pokcik2 ini terus ramah jemput minum. tapi tujuan kami bukan untuk minum pokcik, maaf pelawaan anda terpaksa kami tolak mentah-mentah. kertas putih yg telah dicemari soalan-soalan hasil dari idea asli tanpa cetak-rompak, mula melayang ke atas meja pokcik-pokcik tersebut..mereka menjawab " hah, ne gapo dio.. ? "..kami pon terus menjawab soalan-soalan sukar tersebut.mereka menjawab lagi, " aloo, adek adek, pokcik tak nampok, pokcik tak pahee gapo dio tulis ataih ketas ne, pokcik tak rety baca, dan macam-macam karenah yg agak mengasyikkan untuk dilayan. tapi senyuman masih dikekalkan ok. takper-takper, pokcik tak paham, kitaorang boleh tolong terang dekat pokcik, tolong tick-tick kat pokcik ohh, ini yang mereka suka, sebab banyak benda mereka boleh merapu, tetapi kami masih cool melayan karenah birokrasi mereka ini.setiap soalan tu, kitaorang kena explain dekat pokcik-pokcik tu, ohhh memang mulut terasa macam jagung bertukar menjadi bertih, rahang mulut mula melakukan warm-up disusuli dengan sit-up dan lompat bintang juga. bayangkan dalam masa 15 minute, anda menyiapkan  28 soalan. setiap soalan mestilah lebih dari 5 patah perkataan. dan anda perlu terangkan kepada pokcik-pokci tersebut setiap baris ayat dengan jelas yang kadang-kadang soalan yg di- tanya-tak -dijawab -tapi- jawapan-lain pulak yg dijawap..oh memang guer rasa mau saja kasi wushyuuu kepada pokcik-pokcik ne, tapi biarkan saja mereka begitu, they are our customer, so we have to entertain our customer in the best way , rite ?selesai sudah soalan yang dijawab, mesti mau pulang..tapi sebelum pulang, jenaka sinis dan suara-suara nakal  turut dibawa pulang bersama. terpaksaaa..

pengalaman mematangkan kita...

hari kedua..
survey terus dijalankan di kawasan perumahan para nelayan.
sumpah kawasan disitu agak kotor, rumah seting-garden umpama penthouse  bagi mereka. 
agak padat dan sangat rapat antara satu sama lain. sampai aku pon confius, mana satu pintu dapur dengan pintu utama rumah sebab macam  sama ja 



just dapat snap one picture saja masa tengah jalan. tengok saja keadaan rumah-rumah dekat situ, sangat padat, dan kebersihan bukan  perkara penting bagi mereka.kamo juga akan disambut dengan wangi-wangian yang sungguh harum mengalahkan perfume paris hilton.

<< --- rumahku-tong sampah ku jua !







tapi, maseh ade lagi view yg cantik yang boleh kita tengok dari perkampungan nelayan ne, 
sunset ! 










bila ditanya  berapa orang anak, mesti jawapan lebih dari lima. if empat akan dianggap sikit-ini jawapan benar dan tulus iklas dari penduduk disitu ok -bila ditanya, umur berapa kakak kawen, umm muka dorang mula tukar jadi malu, senyum-senyum dan cakap kakak kawen muda, oh yea ada beberapa orang perempuan disitu yang sebaya aku pon dah kawen siap ada anak lagi, memang subur !bila ditanya tahap pendidikan, mostly sampai darjah enam saja ! oh, sungguh kesian mereka, even umur sebaya aku, tapi tak terus sambung belajar sebaliknya ambik keputusan nak kawen sebab utama ialah family  tak mampu nak tanggung, ada adeq ramai, so kena lah kawen..humm

research ne memang menyebabkan aku sedar dan syukur sangat-sangat tak dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga kelompok nelayan dan environment   yang macam tu, mereka ini memang sangat miskin, melihat RM500 saja sudah cukup untuk menampung seluruh perbelanjaan keluarga waima kita?  RM500, hanya melihat value itu sebagai nilai yang kecil. dan tanggapan aku, pada era semua orang dah global, mesti dah kurang golongan miskin macam tu yang sangat kurang celik minda mereka, stereotype, maseh berada di takuk lama, hidup umpama di dalam gua, tak tahu nak baca, walaupun masih muda, hey mereka sebaya kita okk..tetapi makluk paranormal ini masih gagah bertapak di bumi yang nyata ini. aku kesiann betul ne, sungguh aku tak tipu. aku taknak satu hari nanti, aku pon tergolong dalam kelompok tu, sangat--sangat mintak dijauhkan !