Ini entry berkaitan dengan peristiwa misi keamanan untuk Palestine 31 Mei 2010 . Rachel Corrie. Salah satu kapal yang menyertai misi keamanan ke Gaza 2010. Siapa Rachel Corrie tu ?
Pada 16 Mac tujuh tahun lalu iaitu 2003, masyarakat dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam, aktivis kemanusiaan warga AS, Rachel Aliene Corrie,23 tahun ketika kematian beliau yang dihempap jengkaut Israel ketika cuba menghalang rumah orang awam dirobohkan di Nablus. Rachel bukanlah aktivis pelampau daripada pertubuhan radikal sebaliknya hanya ahli Pergerakan Keadilan dan Keamanan Olmpia sebelum menyertai kempen berkaitan keamanan dan isu alam sekitar. Dengan semangat itu, Rachel ambil keputusan bercuti daripada pembelajarannya di Kolej Evergreen untuk menyertai bantahan kemanusiaan di Rafah, Palestine.
Rakan aktivis ISM Rachel, Joe Carr merupakan saksi kematian Rachel menyatakan ketika kejadian dia berada tidak jauh dari Rachel dan nampak jelas jengkaut menghempap tubuh gadis berkenaan. Sebelum itu, dia melihat Rachel melutut di depan jengkaut yang dipandu pemuda Israel dan ketika itu jarak 15 meter dan memakai jaket oren terang yang pasti jelas oleh pemandu jengkaut tu untuk melihat. Pemandu itu terus memandu ke depan dan mengorek tanah berhampiran Rachel yang menyebabkan dia terjatuh. Tetapi jengkaut tu still bergerak ke depan sebelum undur dan bergerak ke depan lagi. Selepas jengkaut itu berundur, mereka menemui Rachel di bawah runtuhan berkenaan dan ketika itu keadaan amat parah dan darah tidak henti-henti keluar daripada hidungnya. Mereka mendengar dia merintih mengenai belakangnya yang patah dan tidak lama kemudian matanya terpejam.
Untuk berkongsi kepada umum bagaimana keadaan Palestine mengikut pandangan Rachel, Cindy membenarkan kandungan e-mel yang dihantar itu disiarkan The Guardian, mac 2003. Kandungan e-mel tu juga diselitkan dalam sebuah buku memorial bertajuk Let Me Stand Alone, terbitan syarikat W W Norton. Daripada penulisannya, Rachel benar-benar mengkaji kaedah penentangan yg digunakan tokoh keamanan dunia, Mahatma Gandhi dan Marthin Luther.Setiap 16 Mac, masyarakat dunia berkumpul secara aman untuk meperingati jasa gadis kerana keberaniaan beliau semata-mata utk membantu mempertahankan tanah air mereka daripada kezaliman Israel.
" Rachel adalah warga Amerika tetapi mempunyai darah Palestine "