Friday, March 19, 2010

kehidupan Paranormal


kehidupan panorama paranormal aku telah bermula ! Dengan tidur hanya cukup-cukup 2jam, mampu membuatkan mata aku kelihatan seperti beruang panda dan juga sedikit kelihatan seperti gadis melayu Gothic asli .Bagi aku, itu tak jadi masalah politik mahupun dunia. kecantikan tidak dititikberatkan buat masa kini. itu hanyalah propaganda. tumpuan utama hanyalah pada misi pengaman dunia iaitu turun padang, tinjau persekitaran golongan miskin tahap tegar di wilayah jajahan Tanjung Dawai. ini tajuk research yang telah mendapat undian simpati dikalangan ahli kumpulan. pemerhatian harus dilaksanakan dengan kadar segera.ini setelah dipaksa oleh sekufu-sekufu aku, setelah melihat calendar 2010 yang agak padat pada bulan March hingga April.

kehidupan perlu diterokai...

research aku berkaitan kemiskinan tahap tegar. so, kitaorang dengan sebulat idea setuju memilih Tanjung Dawai, kedah kerana persekitaran fizikal nya yang sangat boleh dianggap sebagai miskin tegar. what is more, mostly penduduk disitu merupakan nelayan. jika kamo anak nelayan, semestinya kamo sudah maklum liku-liku kehidupan seorang nelayan yang pendapatan nya kurang dari RM500. bukan tetap ok, but depends to the weather. kalo angin kuat, memang tak der duit langsung

hari pertama..
tanpa dirancang, after class terus gerak ke tempat kejadian, dalam hati sumpah cuak, takut tak dilayan oleh mereka-mereka yang senang hati sedang berlepak di warung-warung tepi jalan sambil main dam dan carum. dan sudah pasti, golongan yg menguasai setiap inci sudut warung itu adalah golongan yang semakin pupus-LELAKI- muke dengan senyuman tidak  simpul sebaliknya dengan senyuman lebih untuk mengoda pokcik-pokcik, dan abe-abe di situ. ini supaya kedatangan kami tidak disambut dengan penyapu seperti yg telah dialami oleh supervisor kitaorang, madam ira. melihat saja kelibat kami, pokcik2 ini terus ramah jemput minum. tapi tujuan kami bukan untuk minum pokcik, maaf pelawaan anda terpaksa kami tolak mentah-mentah. kertas putih yg telah dicemari soalan-soalan hasil dari idea asli tanpa cetak-rompak, mula melayang ke atas meja pokcik-pokcik tersebut..mereka menjawab " hah, ne gapo dio.. ? "..kami pon terus menjawab soalan-soalan sukar tersebut.mereka menjawab lagi, " aloo, adek adek, pokcik tak nampok, pokcik tak pahee gapo dio tulis ataih ketas ne, pokcik tak rety baca, dan macam-macam karenah yg agak mengasyikkan untuk dilayan. tapi senyuman masih dikekalkan ok. takper-takper, pokcik tak paham, kitaorang boleh tolong terang dekat pokcik, tolong tick-tick kat pokcik ohh, ini yang mereka suka, sebab banyak benda mereka boleh merapu, tetapi kami masih cool melayan karenah birokrasi mereka ini.setiap soalan tu, kitaorang kena explain dekat pokcik-pokcik tu, ohhh memang mulut terasa macam jagung bertukar menjadi bertih, rahang mulut mula melakukan warm-up disusuli dengan sit-up dan lompat bintang juga. bayangkan dalam masa 15 minute, anda menyiapkan  28 soalan. setiap soalan mestilah lebih dari 5 patah perkataan. dan anda perlu terangkan kepada pokcik-pokci tersebut setiap baris ayat dengan jelas yang kadang-kadang soalan yg di- tanya-tak -dijawab -tapi- jawapan-lain pulak yg dijawap..oh memang guer rasa mau saja kasi wushyuuu kepada pokcik-pokcik ne, tapi biarkan saja mereka begitu, they are our customer, so we have to entertain our customer in the best way , rite ?selesai sudah soalan yang dijawab, mesti mau pulang..tapi sebelum pulang, jenaka sinis dan suara-suara nakal  turut dibawa pulang bersama. terpaksaaa..

pengalaman mematangkan kita...

hari kedua..
survey terus dijalankan di kawasan perumahan para nelayan.
sumpah kawasan disitu agak kotor, rumah seting-garden umpama penthouse  bagi mereka. 
agak padat dan sangat rapat antara satu sama lain. sampai aku pon confius, mana satu pintu dapur dengan pintu utama rumah sebab macam  sama ja 



just dapat snap one picture saja masa tengah jalan. tengok saja keadaan rumah-rumah dekat situ, sangat padat, dan kebersihan bukan  perkara penting bagi mereka.kamo juga akan disambut dengan wangi-wangian yang sungguh harum mengalahkan perfume paris hilton.

<< --- rumahku-tong sampah ku jua !







tapi, maseh ade lagi view yg cantik yang boleh kita tengok dari perkampungan nelayan ne, 
sunset ! 










bila ditanya  berapa orang anak, mesti jawapan lebih dari lima. if empat akan dianggap sikit-ini jawapan benar dan tulus iklas dari penduduk disitu ok -bila ditanya, umur berapa kakak kawen, umm muka dorang mula tukar jadi malu, senyum-senyum dan cakap kakak kawen muda, oh yea ada beberapa orang perempuan disitu yang sebaya aku pon dah kawen siap ada anak lagi, memang subur !bila ditanya tahap pendidikan, mostly sampai darjah enam saja ! oh, sungguh kesian mereka, even umur sebaya aku, tapi tak terus sambung belajar sebaliknya ambik keputusan nak kawen sebab utama ialah family  tak mampu nak tanggung, ada adeq ramai, so kena lah kawen..humm

research ne memang menyebabkan aku sedar dan syukur sangat-sangat tak dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga kelompok nelayan dan environment   yang macam tu, mereka ini memang sangat miskin, melihat RM500 saja sudah cukup untuk menampung seluruh perbelanjaan keluarga waima kita?  RM500, hanya melihat value itu sebagai nilai yang kecil. dan tanggapan aku, pada era semua orang dah global, mesti dah kurang golongan miskin macam tu yang sangat kurang celik minda mereka, stereotype, maseh berada di takuk lama, hidup umpama di dalam gua, tak tahu nak baca, walaupun masih muda, hey mereka sebaya kita okk..tetapi makluk paranormal ini masih gagah bertapak di bumi yang nyata ini. aku kesiann betul ne, sungguh aku tak tipu. aku taknak satu hari nanti, aku pon tergolong dalam kelompok tu, sangat--sangat mintak dijauhkan !


11 comments:

Kyuubi_85 said...

bukan semua manusia akan menikmati benda yg sama. dan bukan semua manusia akan menikmati nasib yg sama. Ada yang akan senang dan ada yg akan hidup susah. Hidup dah mmg mcm tu..

theSkycrapper said...

sian diorang..xde ke state gov dtg join korang masa survey tu?..should, diorang yg sponsor survey2 mcm ni..then, br boleh terus tolong org kampung tu..br ada continuous act..haha..cadangan je..

aNoZ said...

mak aih.. kesiannye diorg. mcm mana nk betulkan? haaa.. itu perlukan kerjasama. haha

sueraya said...

zai zax....sonok g srvey smlm???hahaha

zaizax said...

kyubi : kalo org semua sama, xda variety la yer

skycrapper : dah ade dorang ckp, slalu sgt gov dtg bt banci, tp bantuan tu xsampai, ade makcik2 tu sampai nangeh2 cerita

anoz : itu lah pasal, mmg insaf lah pegi situ, kita cakap kita tak cukup duit, dorang lagi la daif

sue : mmg best gilak, madam ckp, u all bertuah bt tajuk ne..wuahh rasa bangga

sueraya said...

knpa bertuah???tlg masyarakat??

zaizax said...

sue : bukan, sebab boleh tahu karenah2 org kg g pelbagai tu, wehh siap ade makcik yg nangeh2 tahu sebab dia xpnh dpt bntuan kerajaan, makcik tu mmg agak miskin

si para para said...

hidup tak selalu indah..langit tak selalu cerah...

zaizax said...

para2: kdg2 kita di atas, kdg2 kita di bawah..lumrah hidup kann

Aida Effarina said...

kesian nya.. kalau kita susah, ada lagi yg lebih susah. so, we're suppose to be grateful rite? alhamdulillah nasib kita much2 better than them.. :)

zaizax said...

aida : yesh, betul tu.kita ne slalu ckp benda ne takde benda tu takde, dorang lagi ahhh takde but still boleh survive