Sunday, June 20, 2010

silent

assalamualaikum semua...
sihat-sihat kah kamo semua, kalau tak sihat apa lagi perlu buat..makan obat mehh
ada baca title entry ni pasal apa?
silent...
yg bermaksud diam kan
so, zai nak cakap yang blog zai akan sunyi sekejap daripada mengeluarkan output
nak kasi blog ni rest kejap
tapi tak lama yer, kejap je
sebab ada misi yg perlu diselesaikan, yeshh
tapi takpe, blogwalking akan tetap berlaku ke blog anda
happy blogging guys!!

ps: congratulation to all my friends yg suksesnya berjaya menebus masuk ke level degree, nampaknya ramai yang tak murtad dari fakulti FSPPP ekk, kepada tidak berjaya, cepat-cepat buat rayuan :)

Wednesday, June 16, 2010

Some of The Animals In Our Life

we work like a HORSE
some of us eat like a PIG...
we like to play CHICKEN
we can be as slippery as an EEL
we get DOG tired
we can be as quiet as a MOUSE
don't turn out to be a dirty RAT
we can be as quick as a FOX not Megan Fox
some of us are as strong as an OX
people try to BUFFALO others
some are as ugly as a TOAD
we can bee as gentle as a LAMB
at times we can sing as a LARK
some people drink like a FISH
we can be as proud as a PEACOCK
a few of us are as hairy as a GORILLA  !!
you can get a FROG in your throat
we can be a lone WOLF
you can be a loan SHARK
but I'm having a WHALE of a time !

ps ~~ snorkeling ??

Monday, June 14, 2010

aku, perempuan dan dot dot dot

Ini entry perihal kisah hari itu, ke pusat party-party bersama siblings untuk amalan party-party.Pusat party-party itu lokasi letak dekat Penang, iaitu Queensbay hahha.Itula tempat party aku suka pergi even sangat bosan tapi biarkan je bosan tu. Tapi kali ni takde la bosan since pergi dengan siblings yang jarang-jarang jumpa so mood bosan tak happy pun tukar mood over happy :-)))

sisterhood, thanks for the pleasure !!

First!! Perut mesti disi sebelum aktiviti meredah lautan orang ramai busy membuat investment dekat shopping mall tu. Maka otak mula susun restaurant fast food yg ada dekat situ. After penapisan dibuat oleh pihak ISO, hanya Mcd / A&W yang lepas saringan. Tapi, jalan punya jalan terjumpa SUBWAY.

 yeaa nak makan !! follow step nih to make the order

nak buat decision pun susah . rasa mau makan semua sebab setan dekat sebelah tuu

then, lastly pilih yg ini. lupa la order apa no.. 2 kot, half saja sebab setan dah ku tolak suh main jauh-jauh

Tengok hati sangat girang sampai habis ku bedal makanan tu, sekali air habis disedut sebab panas sangat.Actually, SUBWAY baru buka dekat Queensbay. Sebelum ni kalau nak makan subway kena pergi KL. So, lepas ni nak lepas gian makan SUBWAY tak yah lagi susah-susah nak menapak p KL. Tapi what make it different mestilah service dia kasi kurang ummm, kurang efficient , slow sikit, and tak se-hot Subway dekat KL. Memang la hot from the oven, tapi time makan tak panas , still rasa sejuk-sejuk so kurang layan . rasa macam makan roti masak semula.  

Perut kenyang, meh kita p exercise ronda-ronda shopping mall. Mata mesti bersinar-sinar tengok awek -awek cina Penang yang cun ber-short pant sebab suhu Penang sangat global panas .Jalan-jalan nampak satu outlet Country's Tid-Bits & Candies Cottage yg baru buka dekat Queensbay.

ini candies sajer, jajan tempat lain
 Expression muka kena pelbagai semasa sesi taste sampel makanan

Kena try semua marshmallow tu even rasa sama tapi shape lain-lain.Muka excited dengan misi nak try semuaaa sample candies&jajan yg ada kat situ.
opocot!!!  tengah belasah cukup-cukup my sis terjah  tanya takmo beli ker , itu muka terkejut macam diatas. langsung terus cakap ya ya nak beli lah nih, tapi blum habis lagi rasa nehh. how come ??
so, after sesi pembuangan duit dibuat, terus ke misi seterusnya...balik Kedah.

tapiii sebelum balik, dropped dekat sini dulu..dahaga lahhh, plus, bau nescafe+coffee mana boleh tahan doe..teringat caramel dia arghhh layann 
then jalan kaki pulangg, parking dia sangat la tak lawa jalan berlobang-lobang ok.ta ta

sekian laporan dari zai untuk berita hari jumaat lepas..aku, perempuan dan dot dot dot..

hahhaa saja membuat entry penuh bergambar sebab bosan kalau asyik nampak tulisan jer, maap yer

Saturday, June 12, 2010

Born in USA murdered for Palestine

Ini entry berkaitan dengan peristiwa misi keamanan untuk Palestine 31 Mei 2010 . Rachel Corrie. Salah satu kapal yang menyertai misi keamanan ke Gaza 2010. Siapa Rachel Corrie tu ? 

Pada 16 Mac tujuh tahun lalu iaitu 2003, masyarakat dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam, aktivis kemanusiaan warga AS, Rachel Aliene Corrie,23 tahun ketika kematian beliau yang dihempap jengkaut Israel ketika cuba menghalang rumah orang awam dirobohkan di Nablus. Rachel bukanlah aktivis pelampau daripada pertubuhan radikal sebaliknya hanya ahli Pergerakan Keadilan dan Keamanan Olmpia sebelum menyertai kempen berkaitan keamanan dan isu alam sekitar. Dengan semangat itu, Rachel ambil keputusan bercuti daripada pembelajarannya di Kolej Evergreen untuk menyertai bantahan kemanusiaan di Rafah, Palestine.

Rakan aktivis ISM Rachel, Joe Carr merupakan saksi kematian Rachel menyatakan ketika kejadian dia berada tidak jauh dari Rachel dan nampak jelas jengkaut menghempap tubuh gadis berkenaan. Sebelum itu, dia melihat Rachel melutut di depan jengkaut yang dipandu pemuda Israel dan ketika itu jarak 15 meter dan memakai jaket oren terang yang pasti jelas oleh pemandu jengkaut tu untuk melihat. Pemandu itu terus memandu ke depan dan mengorek tanah berhampiran Rachel yang menyebabkan dia terjatuh. Tetapi jengkaut tu still bergerak ke depan sebelum undur dan bergerak ke depan lagi. Selepas jengkaut itu berundur, mereka menemui Rachel di bawah runtuhan berkenaan dan ketika itu keadaan amat parah dan darah tidak henti-henti keluar daripada hidungnya. Mereka mendengar dia merintih mengenai belakangnya yang patah dan tidak lama kemudian matanya terpejam. 


Untuk berkongsi kepada umum bagaimana keadaan Palestine mengikut pandangan Rachel, Cindy membenarkan kandungan e-mel yang dihantar itu disiarkan The Guardian, mac 2003. Kandungan e-mel tu juga diselitkan dalam sebuah buku memorial bertajuk Let Me Stand Alone, terbitan syarikat W W Norton. Daripada penulisannya, Rachel benar-benar mengkaji kaedah penentangan yg digunakan tokoh keamanan dunia, Mahatma Gandhi dan Marthin Luther.Setiap 16 Mac, masyarakat dunia berkumpul secara aman untuk meperingati jasa gadis kerana keberaniaan beliau semata-mata utk membantu mempertahankan tanah air mereka daripada kezaliman Israel.

" Rachel adalah warga Amerika tetapi mempunyai darah Palestine "

Syukur 21



Kesengalan pagi Jumaat sangat terasa ! pagi yang sepatutnya bangun dengan senyuman  penuh air basi bertukar kepada hari bising-bising serumah . Rasa macam nak jer pukul-pukul laptop ni even dia tak bersalah (maaf bertindak liar).  Ni semua sebab website UiTM untuk check result. After try dari malam-pagi then lastly pukul 10 pagi baru boleh check, tu pun bukannya link terus ke main page result but link to mini transcript, huhh takper la. At least boleh tahu result kan. So, result alhamdullilah! Thanks untuk doa-doa korang yer, to my BFF meera, miken, sue, g’are ohh ramai kot nak type (cukup kepada semua member yang kenal aku, budget famous) , DPA students , I know Haziq ada baca :-).  To my precious siblings and absolutely to my emak and ayah thanks a lot for the support . kawan-kawan blogger zai juga yahhh either wished me gud luck dekat blog or facebook time nak final exam haritu ..Macy, Sue, Iema, cikbunbun,days, kayuubi,Skycrapper, anoz, aida, balqis (ehem ehem nama baru list neh) hurmm sapa lagi ek ? jangan merajuk zai tak type nama korang..bukan lupa Cuma entry ni buat sepantas kilat, on the spot on the dot sebab zai nak kuar, yehhaaa. Heppy dengan result so kena berparty-party dengan siblings di pusat party-party . But now just wondering degree nanti dapat mana pulak, kena tunggu lagi. Tahu tak penungguan tu bukan satu penyeksaan, tapi berpuluh-puluh penyeksaan !!!

Ok, NAK KELUAR.. to be continue !
terlepas opening FIFA world cup ah..uishhh

Thursday, June 10, 2010

Refresh. Result.

harini cukup 10hb
hari yang semua student UiTM tungu tunggu
bangun awal dengan semangat nak check result
sebab sumpah aku cuak, cuak yang teramat
terus jadi senak perut wooo
seram mengalahkan tengok film hantu thailand, Indonesia,Hollywood bergabung !!
rate traffic tinggi nak log in student portal
membuatkan jem yang ampun, sampai kena refresh button tu bape puluh kali
but still tak dapat even try dari pukul 12 tengahari sampai entry ni dipublish
aku rasa kalau website uitm taruk nuffnang, mesti beribu dorang dapat neh
mengalahkan traffic masuk ke blog red mama @red mamy ?
doakan zai dapat elok
tak mau repeat!! tolong saya, last minute tolong.

Wednesday, June 9, 2010

Take Note

assalamualaikum , selamat hari rabu !!

nothing important i want to write down here..
just to ask some opinion daripada korang especially kwn2 rapat blogger zai  in case :
  • patut tak zai remove shoutmix tu ?
  • just open my blog to certain people?
  • or terus quit from blogging ? (tapi nanti rindu korang pulak, uishh )
bukan apa, zai rasa macam dah bosan sebab kita asyik kejar blogwalking, tinggal jejak kat shoutmix then pastu follow membabi buta, dan lepas tu terus lesap, itu pasal zai jarang follow blog lain melainkan blogger tu selalu terjah blog kita, and we do the same thing. So, sekarang zai just nak betul betul follow blog dalam list blog zai tu je, if zai terjumpa lucky blog yang interesting, zai akan taruk link dorang kat blog list zai ehhhh.

ps : the pressure is on, only few hours left..tawakal saja

Tuesday, June 8, 2010

Yes I am

If you ask her, Why does she dress on such that way ?
All covered up in a world that gives it all away
and proudly she say
I am a Muslim

If you ask me, Surely it cant be
You give your way so free
And you say your life is charity
It isn't hard to see
I am a Muslim

If you ask him, Why does he still pray ?
Five times a day
When so many other have strayed
Smiling he would say
I am a Muslim

If you ask me, Why do I love you ?
No matter where you are
We are the greatest ummah
With the beating of our hearth
We are Muslims

And I know you forgive my sins
And I know you conceal my defects
And I almost wailing because of my regrets
How I wish I never whisper to you one day
I disobey to you, Ya Allah
And I know you forgive my sins..Insyallah amin

Prophet Muhammad peace be upon him said :
" the one who fears will walk in darkness, and if he walk in darkness (meaning if he took all reason to reach his goal) he will reach his final destination. Allah's commodity is expensive, Allah's commodity is Al-Janna. "

Sunday, June 6, 2010

Contest Gambar Best by Asada

Atuk Asada (Macy suruh panggil) maf-maaf .Encik Asada dengan berbesar hati telah menganjurkan contest bersempena dengan entry nya yang ke-100. Contest dia senang just upload gambar dah boleh join contest ni.

Zai pun apa lagi terus p belek balik khazanah-khazanah nostalgia tu semua. Time buka folder gambar hukhuk (cough) berdebu!! Dan tanpa kusedari total gambar zai dah masuk 2014 picture, patutla nak loading lambat. Kalau nak ikutkan lagi banyak, tapi disebabkan laptop+pendrive zai hilang dirompak orang, so habis la picture-picture zaman sekolah dan dulu kala punya memory dirembat perompak tu jugak ~geram woo~

Asada, ni jer picture zai taruk .Sila layan kan saja even gambar tidaK bEST

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memory Satu-Manusia itu Unic

Memory terbeku dekat Darulaman Equestrian Park. Nak riding kena bayar , tetapi disebabkan kitaorang tetamu kehormat sebab gate baru buka je, kitaorang adalah first customer dorang served. Makanya dapat free untuk tunggang kuda tu.Moral story nya, jangan tido lepas subuh, sebab pintu rezeki akan terbuka luas kepada kita. :--))


Memory terbeku dalam Village Mall, time celebrated birthday Cik Sueraya . Muka harus bernafsu riang riang gembira. Fokus kepada balloon , itu ialah hadiah daripada Zai, Meera, Miken. Total balloon ialah 21(tapi dah tinggal 12 je lepas budak-budak merengek nak balloon tu). Kenapa 21? sebab celebrate bufday Sue yang ke-21. Balloon tu kitaorang tak beli, tetapi telah dicollect di setiap booth sempena dengan Carnival PC Fair. Semasa collect balloon tu harus ada perasaan kebal selumber dan bedak asas telah ditempek sebanyal 21 inchi tebal pada muka sebelum operasi dijalankan. Sue takder dalam gambar sebab dah kena culik dengan Mr. Hairi.

Memory II - Hidup itu warna-warni


Memory terbeku di Putrajaya sempena Hot Balloon Fiesta 2010. Picture ni bukan zai snap sendiri tapi atas pertolongan future bro-in law yang kerja dekat situ.Yerla, jauh kot dari kedah nakp Putrajaya semata-mata nak tengok fiesta ni, tambah time tu ada class. Maka nya, bro-in law pun snap beratus-ratus gambar and send to us, tak dapat pergi dapat gambar pun jadilah.Rasa-rasanya mesti ramai yang ada gambar hot balloon ni kan. Geram gila tengok dalam gambar pun, sebab it too colorful..kalau dapat naik hot balloon tu kan lagi best. Ni first time Malaysia organize festival camni, hopefully next year ada lagi ~waiting~


Alamak panjang la entry ni Asada, tak per ek sila merangkak dengan pantas = P

Thursday, June 3, 2010

Suci

Assalamualaikum and alorhaa :))
Entry masih kosong
Tiada input berguna untuk dipublish
Walaupun ada beberapa cerita yg ingin dipost
Tetapi jari ku terhenti berbuat demikian
Kerna masih ragu-ragu akan kesucian isi
Kadaang-kadang otak terfikir
Untuk apa aku ber-blog
Untuk apa aku mengetuk penuh rakus huruf-huruf keyboard ,
menulis bait-bait ayat yang kadangkala otak tertanya perlukah aku cerita itu semua
Adakah hanya untuk mengejar ganjaran nuff
Adakah untuk menaikkan traffic, mendabik dada dengan jumlah follower rambang yang mengunung
Atau ber-blog dengan sepenuh dan sesuci hati tanpa mengharap balasan yang belum pasti ???

hahahaha
okla, keluar dari dunia A. Samad Said 
kembali ke dunia realiti Zai
Entry bertujuan mau promote blog course-mate Zai di UiTM , Haziq
Blog Pengguna Bijak ni ialah second blog yang dia baru buat.
So, dia baru post 1 entry. Blog tu basically bagi tips to us as consumer.
Ringan-ringan kan tangan korang untuk click blog tu yer dan terus follow tanpa sangsi ok.

sekarang entry sangat useless
sebab aku belum keluar melihat dunia di luar sana
hanya terperuk dalam rumah
bahana cuti sem dushh 
sebab tu aku tak suka cuti sem panjang macam ni
hari yang tak aku tunggu tetapi still akan muncul
10 June 2010
result final sem keluar
jantung berdegup kencang menghitung saat-saat itu
ohh cepat-cepat la masa berjalan
ohh lambat-lambat la masa berjalan
tak tahu la pula masa pandai berjalan
siapa yang mengajar ?

* kosong

Wednesday, June 2, 2010

Macy

assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu...
Entry berkaitan Macy. Bukan syarikat Macy yang super gagah tu. Tapi si Macy blogger perempuan bakal pendidik masa depan. Zai dapat tag dari dia, selalunya dia yang suka tagged zai selain dari sue, syida, kayuubi. Tapi memandangkan sue, syida dan kyuubi kurang active on9 dan berblogging sebab  syida kerja part time, kyuubi tak dapat detect nun di sabah, and cik sue ntah dia buat apa di rumah. so sekarang hanya macy je zai selalu conteng kat shoutmix dia. Tak mau karang panjang2..pantang

1-Adakah anda happy sekarang ?
 mood natural

2-Kenapa anda happy ?
kalau mood natural, memang takder jawapan

3-Apa yang membuatkan anda happy?
- bila orang tegur zai, so happy
- baca comment korang
- kenal orang, sebab every person tu unic and different

4- Pernah tak anda dapat tagged ?
yer
5-Nyatakan warna yang anda suka
Basic color . Putih itu pasti 

6-Apa yang kamu fikir orang yang tag kamu?
Dia sangat kurus = P. 

7-Siapa yang ingin kamu tag?
Macy

8-Nyatakan sifat orang yg anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpa. Asalkan anda happy.
Macy
sebab entry ni tajuk Macy, so zai tag dia balik sebab memang dia dah buat entry ni. so orang lain takyah susah hati nak jawab tag ni. Dia paling suka mai blog zai, even tuan belog takde. Macy lupa eh camna kita kenal?. Its ok, I refresh otak u balik. First kenal, memang zai tak kenal langsung sapa Macy ne. Time tu zai kenal MB,days, berd, anoz, syida, sue , kyuubi, aida, long, iema and seangkatan dengannya. Tak jumpa lagi blog Macy. Macy tegur blog zai dulu. Then, start baik bila tiba-tiba blog zai masuk dalam list blog kena tag by Macy. So, tangan yg lenguh menaip ne pun tanpa terus berlengah jawab tag dia. Then, starting dari tu mesti selalu tegur sampai la kitaorang exchange link. Tapi dia dah link zai dah lama, zai jer yang tak tahu hee.So, tiap-tiap kali zai publish entry mesti dia akan comment even dia tak sehat, merajuk dengan orang itu, ada test, busy dengan program maktab dia. Dia blogger peramah, believe me! Since your start knowing who is Macy, I promise you will never feel regret to visit her blog again and again. Tengok comment blog dia pun dah tahu kan. Entry blog dia pun ok ok, nasihat berunsur Islamic because I think, dia perempuan yang baik-baik saja. upss semua blogger perempuan baik-baik jer. Sometimes, zai dapat idea untuk publish entry dari dia, so thanks a lot cik Macy :-)
Hope boleh kekal yer adik Macy, kahkahh muda kot dari zai 1 tahun, but still ada jurang umor. tapi Macy takyah gatal panggil zai kakak zai, anda dikecualikan sebab beza umor 1 thn je

8-Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?
kurang happy sebab blog tak famous macam Macy sebab zai malas blogwalking (eh rajen juga apa)

Tuesday, June 1, 2010

Gaza Convoy Attack By Israel

31st May 2010 is another day to be remembered in history as the day of Israel brutality to the international communities
Dunia bersatu mengutuk kejam atas tindakan Israel yang langsung tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa PBB
Masih relevant kah Israel dijadikan negara kebanggaan kaum Yahudi selepas gagal bertindak secara professional ?
Sampaikan kapal membawa misi keamanan pun sanggup diterjah!
Sungguh lanun regime Israel itu, menyerang hendap kapal keamanan ketika activist nyeyak tidur dikala pagi
 Aku menjadi terlalu emo dengan bab-bab keamanan dunia sekarang entah kenapa...
tambah2 wakil Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marwala turut terbabit
uishhhh mintak diselamatkan mereka-mereka ini ya allah.. amin.
Detail information visit this blog too