Sunday, May 30, 2010

Hello and Goodbye

Sahabat itu pelakon sampingan hidup kita.Hari terasa kosong tanpa gelak-tawa sahabat macam ikan sardin padat dalam tin yang telah dibuang isinya untuk dibuat sandwich. Semangkuk maggi perisa Hot Spicy atau Tom Yam memang pengerat silaturrahim sahabat.Biscuit kering empat segi terasa macam delivery pizza hutt  panas bila adanya insan bergelar sahabat. Bila bersahabat yang paling best bila rasa sugar oh honey honey you are my candy girl dan paling tak best bila rasa masam, masin, pahit, tawar. Normal la tu...
Jari menaip mengikut rentak hati yang kepingin ketemu teman-teman. Ayat-ayat metafora lagi hiperbola terpampang di skrin putih lagi suci selepas otak mengantar signal Rindu Sahabat itu. Maka terjadilah entry Hello and Goodbye...

Watak satu

Meera. Selaku secretary dan juga reminder. Counselor tidak berijazah no.1 aku. Peneman setia ketika makan dan jalan-jalan. Sahabat ketika time beli dan blah.  Teman study selama 30minute, teman tido 2jam. Idea selalu bercanggah tetapi selepas brief explanation baru idea bercantum. Baru berubah image, hopefully kekal insyallah .Kalau degree dapat campus lain, macam mana nak survive ?

Watak Dua
Miken. Raut muka keturunan cina satu bonus. Kadang-kadang orang luar tertipu dek kerana kefasihan bercakap sarawak tetapi awas dia berketurunan Wan negeri Perak. Juga counselor no.2 aku. Selalu support dengan nasihat bernas dan ucapan yang tuntas lengkap segala contoh dek kerana ex-debater skill yang ada. Juga selalu berada di posisi kiri ketika pemanduan kereta manual oleh ku yg tak confident memandu manual, tapi itu dulu sekarang sudah mahir hukhuk..ok Miken, aku try to be cool, not clumsy !!

Watak tiga
Sueraya anak pakcik Safie. Dalam list name attendant class nama dia atas nama aku. Hati lembut sangat dan super sensitive yang tak makan hati sesiapa. Tenang jiwa dan penyabar. Mr.Hairi, game dan dia tak boleh dipisahkan. Mengajar aku untuk jadi lebih sistematik. Juga baru bertukar image bertudung lagi ayu, harap kekal. Peneman tengok filem seram tapi time tido dia paling takut. Dengar bunyi pelik terus ubah tempat tido, pergi toilet pun berteman  ahhaha (Gelak besar besar besar)

Watak empat
MayMay. Aku rindu may2 yang dulu. Hati keras pun lama-lama lembut wey bila imbas kenangan lampau. Lampau macam tolak kereta sewa sebab minyak abis, mcm mana nk dapat harga sewa kereta murah, bonceng motor jumpa pakcik Tempe. Dia juga ustazah kitaorang upss jangan korang nilai dia dari luaran sebab lepas solat, dia yg bagi sesi tazkirah between aku, meera, miken. Penuh dengan petua bila dia start berkata 'Orang Tua-Tua cakap...'. Dia ajar aku study dengan kaedah smart tag, relax . Sorry...

Watak Tambahan
 kiri--> Belang- Jen- Ket- Haikal-Man
Tanpa mereka, tiadalah lah istilah BBQ. Suka berkawan sama dorang. Respect perempuan (mesti korang bangla ???). Mengadu sikit, sudah settle.Cakap saja mau kemana, pasti mau join. Ups, aku pernah angin dengan Haikal, tapi itu sebab hormon tak stabil, api temu api mesti terbakar kan so sorry haikal. Tapi awas, mau buat date dengan mereka-mereka ni mesti kena inform awal 3jam, sebab mereka memerlukan masa untuk taruk blusher, eyeshadow, bedak 3 inci untuk dress up. Panas weh tunggu hampa bersiap!! Mereka2 ni juga pantang bertemu air, tak kira air zamzam, air mata air, air hujan, air terjun, air laut mesti nak berenang katak. Tiap-tiap kali raya, muka-muka dorang mesti terpampang dekat rumah aku sebab itu acara ritual setiap tahun dengan satu tujuan utama untuk tackle kakak aku, wehh dia dah bertunang lah aku cakap.Dan kau takkan ku panggil abg ipar ku..kahkah.Terima kasih juga untuk teh tarik ganja Jitra mari yang superb itu, akan ku introduce kan kepada teman-teman seantero yang lain

semoga berjaya semua..Amin

p/s ada berkenan mana-mana teman zai kat atas, sila hubungi saya dengan kadar yang pantas !

Friday, May 28, 2010

Perempuan menangis bila....

selamat hari jumaat, selamat hari wesak. Hye semua!! nada ceria dan comel sambil senyum dengan mulut penuh dengan misai susu tanda happy . Happy lepas baca entry blog Macy 10 Sebab Lelaki Menangis. Kamo pencetus revolusi idea untuk zai ok, i need someone to refer with sebab rasanya sekarang otak zai sudah berkarat teruk bak terkena air hujan asid Shah Alam. Entry ni lebih kurang kesinambungan entry Macy (plagiarism ??) Macy dah selongkar sebab kenapa lelaki menangis, so sekarang give me a chance to simply recognize and elaborate not in detail kenapa perempuan menangis. Pada firasat zai selaku perempuan mesti la tahu bila masa nya perempuan menangis. 

Ini sebab-sebab perempuan menangis :
  • Bila potong bawang aku tengok perempuan selalu menangis, tak boleh tahan sobbsobb
  • Tumbuk cili dalam lesung tumbuk, terpercik masuk mata dah nangeh kan kan
  • Makan prosperity burger dengan sos cili 4-5 packet sos cili+lada
  • First time pakai lens mesti perempuan menangis
  • Frust bercinta memang wajib menangis gila kau tak menangis, Perempuan separa lelaki pun menangis kot
  • Selepas bergaduh dengan boyfriends terutama lepas kejadian membaling semua barang yang ada, selalunya hand-phone jadi mangsa acara lontar peluru dan dinding sebagai target, tengok hand-phone berkecai menangis (perlu ke baling-baling semua tu? tak payah kot )
  • Selepas akad nikah aku tengok dekat tv mesti perempuan peluk cium makayah dorang sambil nangis habis make-up mahal-mahal nurul syukor touch-up kat muka dorang tapi lelaki tak pula menangis ..munsykil munsykil
  • Buat exam account, tak balance kiranya tak boleh jawab soalan lah ni
  • Tengok baby comel mati sebab ramai sangat manusia spesis homo sapiens buang anak, perempuan lebih prihatin bab-bab macam ni ok
  • Baca novel Lagenda Budak Setan, bila tahu Ayu meninggal dunia , so tinggal la  Kasyah sorang-sorang  (tak sabar nak tengok movie nih)
  • Period pain !!! sedeh+sakit+sengsara jiwa batin rohani = menangis 
  •  
Randomly, zai dapat itu je. Tapi kalau nak listkan, memang banyak. Jiwa perempuan kan sensitive. Kalau perempuan tu cuba tunjuk macho pun dia still akan menangis sorok-sorok, caranya pura-pura tenyeh mata kata binatang masuk or mengantuk menguap sampai air mata terkeluar, padahal dia menangis.Cara lain dia menangis tak nak tunjuk dekat orang ialah dengan pura-pura tido awal untuk melayan jiwa nya yang tersiksa dan sambil tido tutup muka dengan bantal busuk nya, itu ialah cara untuk mengurangkan bunyi ngauuuman dia menangis teresak-esak. Bukan apa, perempuan saja tak nak show off kan kesedihan dia...(o,O)

Thursday, May 27, 2010

At least ......

zai back !! rasa-rasanya macam dah lama aku biarkan blog aku hidup berdikari tanpa tuan . Tapi still dia tak pandai-pandai nak hidup berdikari.aku ingat cuti-cuti sem ni lagi banyak entry, tapi hakikatnya tak. Aku dah cuba membuang kekasih hati aku Mr.Lazy, tapi dia taknak lafazkan ayat keramat tu. Dia still nak berkepit dengan aku dan tak nak lost contact  sebab katanya akulah kekasih hati yang paling setia, baik, caring sekali .Tapi Mr.Lazy kejam, selalu control pergerakan aku, tak kasi buat kerja banyak, asyik suruh lepak je. Itu dulu time aku belum kenal Mr. Idea. nasib baik aku kenal dia cepat, Mr.Idea yang tolong aku keluar dari cengkaman Mr.Lazy. If aku still couple dengan Mr.Lazy, innalillah . Tak berkembang otak aku maka nya tak terupdate la blog -mainamezai-...sayang Mr.Idea !!



rindu nak belajar pasal ni balik !!

sekarang pun still belajar subject yg ada kaitan dengan science but science politic,ada kena mengena ka dengan picture kat atas ?


---------see, idea still tak der---------




Wednesday, May 19, 2010

Random

1- simple update from me, last night i just read one humor book by David Tong " Laughter, the Best Malaysian Medicine "
buku tu, if korang jenis yang susah nak senyum or gelak berdekah-dekah, kamo digalakkan baca.
practice make perfect to smile and laugh


2- get ready to make transformation of my blog, tapi take time sikit la, so hanya activity blog-walking active, entry tak active, masa jealous benar dekat zai

3- I got Award from Macy, banyak tu dia kasi. so thanks Macy  for the AwardSSSS :)))))))))) 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
entry ni tidak bercomment yer

Monday, May 17, 2010

Love is in the air

ini entry sangat panjang pasal perasaan . kalau tak suka berperasaan sila jangan gatal mata nak baca dan stop cakap owner blog ni sangat annoying nak bercerita. 

semalam hari guru, tapi tak buat entry pasal hari guru . Itu sebab la Cik Macy tuntut wished dgn hadiah . Macy future cikgu yg bakal dapat hadiah banyak time hari guru sebab mengunakan kaedah Communism. aku mempunyai masalah nak hafal nama cikgu-cikgu tapi sorang cikgu ni memang aku ingat sangat-sangat. Dia  cikgu class darjah satu sek.keb.kulim, cikgu Yang Rozita. aku ingat nama dia pon sebab suka usha anak laki dia yg tua satu tahun dari aku, tengok aku dah ada ilmu cinta since kecik-kecik lagi. tu pasal bila besar tak gatai sebab dah immune.so tak kisah la orang cakap you looks so matured, yesh bonus untuk aku :))


Pagi isnin ni tiba-tiba ja nak type pasal cinta, tak pernah aku buat entry pasal ni okay. malu la wey !! sebab  selalu jer nak berlagak macho kalau cakap bab ni, nak berlagak macho sebab ada perasaan ego, dah sila buang perasaan ego anda ke laut cina selatan. actually i try to escape myself talking about love with people opposite my gender, guys!! jangan gelak dengan statement aku, my friends always mention aku takder perasaan dekat kaum adam. disebabkan muka aku yang sangat takda respon bila jumpa kaum adam. apa ingat aku tak de perasaan ker, don't judge me through my behavior yang kurang behave tu. sekarang sudah 21 maka otak harus berfikiran waras ala-ala 21 tahun and onwards.

crush korang mesti pernah kan crush with someone kan ele elee tak mau ngaku. mengaku sajelah weh, tak jatuh pun saham korang kalau mengaku pun. sepanjang membesar, memang banyak kali lah syok sendiri dengan lelaki-lelaki . first crush dengan anak cikgu aku tu, itu aku paling ingat sebab lepas tu pindah sekolah  lain. waktu dekat sekolah baru, ni ada lelaki tak baligh hantar surat cinta via kakak dia sendiri.wowoh yang tak boleh blah lelaki tak baligh tu class-rep aku sendiri, lepas tahu terus asyik buli dia sebab aku memang famous gelaran buli-buli lelaki, maaf waktu tu aku tak kenal perasaan malu, main belasah saja. maaf juga untuk lelaki tak baligh, sebab surat kau yang tak jiwang tu terus ku buat kapal terbang tanda cinta kau aku tak approve.

bila dah masuk menengah, umor pun dah tambah belas-belas, maka perasaan malu dah menebal, pergi sekolah pun mau kemas-kemas,kasut dah tak mau pakai yang pelekat2 mesti nak kasut bertali, tiap-tiap hari baju mesti basuh kasi bersih, kasut tiap-tiap petang sapu kapur, iron tudung tahap dewa takut berkedut, yerla masuk sek.men mestila jumpa insan bernama lelaki, bukan lelaki tidak baligh yah. sekali lagi hormon gatal aku kembali active!! aku dah start syok dekat remaja itu.  pergi sekolah kalau sehari tak tengok muka remaja itu memang frust, time tu pergi sekolah memang kau lah sumber inspirasiku, kerap lepak class member2 yang satu class dengan remaja itu, kalau cikgu ada meeting aku lah paling happy sebab remaja itu selaku pengawas mestilah dia kena jaga class, buat-buat dapat guide class aku, hoooray sekali lagi. if remaja itu ponteng sekolah alllaa muka Yellow Smiley pon dah tukar jadi muka Garfield .tapi syok dekat remaja itu dah makin berkarat sebab bosan tengok muka macho dan perasan hot dia tiap-tiap hari-- sebenarnya kecewa lepas tahu dia bercouple dengan perempuan tua dari remaja itu--  pergi class tusyen pun ada syok dekat remaja lain , tapi penangan  nya taklah sehebat syok dekat remaja itu :P

lepas sek.men. zaman masuk university. cikgu cakap nak bercinta waktu ni la nak cari couple yang sesuai dan baguih-baguih. tapi lecturer pulak cakap You all janganlah couple-couple time you all tgh study, it will affect your performance then cgpa pun bakal dropped juga. huishh habis tu zaman bila nya nak cari couple ? zaman university, umor 20 cinta ku dengan lelaki itu,  lelaki itu cinta PJJ sebab jauh bukan sebab lelaki itu student PJJ. entah macam mana la aku yang ego dan sombong ne boleh terus accept.tapi tak lama pun , terus aku dan lelaki itu sign surat cerai time waktu kemuncak final exam,nangeh air mata keluar macam gajah kencing tapi syukur tak effect result sem 5 .tapi bila fikir-fikir balik, lawak lah  menangeh tak tentu pasal sebab lelaki itu. makanya, aku memilih jalan selamat untuk tidak senyum langsung dekat lelaki-lelaki yang berselisih jalan dengan aku sampai sekarang. bukan sombong, jaga aurat lah.

 pic taken after pengakuan aku janji tak mau contact kau dibuat. muka seharusnya begini bila sign agreement bercerai , have to hang out with your friends, fun fun chill chill and chill


and now, I have learned not to worry about love at all. I believe love is always here even if your not there.Just lets make it happen naturally without we, need to force to get it...though the good the bad can always give us some learning experience :--))))

wasiat tuu

tak pernah aku dapat wasiat, mak ayah aku pon lom kasi wasiat.. so ni kira2nya first wasiat aku dapat la




1. Thanks & link the person that gave you the cow
    thanks a lot to atie


               2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau 7 paling tak active 
                                                                    wasiat tak boleh share

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat...
orang tu dah tahu

4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv

- mop lantai
- jilat ice-cream
- tido

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
tak pernah masuk fear factor lagi so far makanan pelik macam ulat, tikus, susu expired, cake berkulat, mata lembu tak pernah try lagi

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
exact number 381

7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...kat mana???
tottttttttttttttttttttttttttt, saya tekan buzzer merah

Wasiat ni kalo p claim dekat pejabat haiwan nak tebus lembu, laku tak

Saturday, May 15, 2010

sila jawab dengan iklas

pagi2 buta ne asah otak jawab tagged dapat dari kyuubi, dah tak der kerja so jawab saja,

Rules And Regulation: 
it's harder than it looks copy this  to your own notes,
erase my answer 
enter yours,
tag twenty (20) people
use the first letter of your name to answer each of the following questions,
they have to be real, nothing made up if the person before u had the same first initial, u must use different answer,
u cannot use any words twice and u can't use your name for the boy/girl name question. 

what is your name: zai
a four letter word: zodiac
a boy's name: zack
a girl's name: zarina
an occupation: zoologist
a colour: zirconium
something ur wear: zip
a food: zebra meat
something found in the bathroom:  Za product
a place: Zimbabwe
a reason to being late: zZz..tido
something u shout: Zasss
a movie title: Zombie Kg Pisang
something u drink: Zam zam cola
a musical group: Z I am--apa wehh tak tahu--
an animal: Zebra
a street name: Zurich
a type of car: Zenvo ST1 ZENN

sekian.....

Thursday, May 13, 2010

when she start to make a list

baru 3 hari my sem break start since my last paper is 9 May
tapi sudah mula bosan 
>> i do believe others blogger feel the same too, unless kalau korang kerja<< 
so, cuti-cuti ni kan rasa macam nak buat ni :
  • improve my vocab yg sangat la teruk, I always keep repeating used the same word, nmpk sangat English aku tak boom bastik
  • harus bertapa dgn mak dkt dapur >>selama ni aku jadi tukang pemerhati ja, lain la if mak aku takder, memang no choice aku kena masak sendiri instead of just makan roti ready to eat <<
  • rumah Miken >>compulsory<< sue!! nak join ? meera, after bace blog aku, please text me up soon , my mak dah kasi green light, so apelagi tekan minyak , jangan tekan break
  • Langkawi 
  • modified blog aku yg huduh, yes I'm realize  :(
  • sekarang malas betoi layan novel, sory jiwa aku sudah tak jiwang 
 itu jer,  banyak-banyak kang nanti tak dpt achieve all the target

Sunday, May 9, 2010

saya sayang mak

to my mak, norhayati hashim...Hope there are  more mother's days to come

My Mother taught me MEDICINE…
" when she asked to pray, read al-quran...."
My Mother taught me TO THINK AHEAD…
“If you don’t pass your spelling test, you’ll never get a good job!”
My Mother taught me TO MEET A CHALLENGE…
“What were you thinking?  Answer me when I talk to you… Don’t talk back to me!”
My Mother taught me HUMOR…
" when she saw me potpetpotpet cleaning up the mess"
My Mother taught me how to BECOME AN ADULT…
“If you don’t eat your vegetables, you’ll never grow up.”
My Mother taught me about GENETICS…
“You are just like mak !”
My Mother taught me about the WISDOM of AGE…
“When you get to be my age, you will understand.”
My Mother taught me about ANTICIPATION…
“Just wait until your father gets home.”
My Mother taught me about RECEIVING…
“You are going to get it when we get home.”
and my all time favorite thing–JUSTICE
“One day you will have kids, and I hope they turn out just like YOU..then you’ll see what it’s like.”
In between all this, my Mother taught me how to Live! Thank you Mom for all I have learned these years.


 p/s i'm waiting for my mak ayah , starting from today, at this moment , my dip. life just over yahoo, quite curious to go through with my next chapter of life 

Wednesday, May 5, 2010

saya dah suka awak

tiap-tiap hari, tiap-tiap petang
mesti tengok awak mia sara nasuha
rambut awak ala-ala junior hujan
memang buat saya jeles
suara awak serak-serak comey,
mesti dah buat lelaki-lelaki kacak sana teruja. tambah-tambah Ella
muka awak ala-ala jepun versi malaysia
dah buat datuk-datuk toh-toh nak tempah awak jadi future cucu
agensi iklan or pengarah drama mesti dok usya jadual shooting awak je
nanti, masuk tadika awak mesti cikgu panggil Amani
keluar shopping makan-makan mesti ramai yang berebut nak bergambar dengan awak
lepas abis adamaya, saya mesti rindu awak
sebab tu, awal-awal lagi saya dah download dekat youtube banyak-banyak video comel awak AMANI !!




eeee-- geram geram tengok mia ni

Saturday, May 1, 2010

Help Wanted !!!

aku start belajar bi dari tadika
tapi tak tahu lah nape sampai hari ni, tak terer
teacher tanya what your ambitions ?
aku jawab I'm want to be literature 
padehal lecturer
kalau join nuff dari umor 6 tahun
dah kayo aku hidup dengan duit nuff
tapi bodoh-bodoh aku pon,
tak der sebodoh staff dekat Aquaria K.L tu



aku dah cuba translate
Lion-fish = ikan singa
tak pernah aku belajar lion maksud nya ayam
sekarang sapa kurang pintar ??