Saturday, June 12, 2010

Born in USA murdered for Palestine

Ini entry berkaitan dengan peristiwa misi keamanan untuk Palestine 31 Mei 2010 . Rachel Corrie. Salah satu kapal yang menyertai misi keamanan ke Gaza 2010. Siapa Rachel Corrie tu ? 

Pada 16 Mac tujuh tahun lalu iaitu 2003, masyarakat dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam, aktivis kemanusiaan warga AS, Rachel Aliene Corrie,23 tahun ketika kematian beliau yang dihempap jengkaut Israel ketika cuba menghalang rumah orang awam dirobohkan di Nablus. Rachel bukanlah aktivis pelampau daripada pertubuhan radikal sebaliknya hanya ahli Pergerakan Keadilan dan Keamanan Olmpia sebelum menyertai kempen berkaitan keamanan dan isu alam sekitar. Dengan semangat itu, Rachel ambil keputusan bercuti daripada pembelajarannya di Kolej Evergreen untuk menyertai bantahan kemanusiaan di Rafah, Palestine.

Rakan aktivis ISM Rachel, Joe Carr merupakan saksi kematian Rachel menyatakan ketika kejadian dia berada tidak jauh dari Rachel dan nampak jelas jengkaut menghempap tubuh gadis berkenaan. Sebelum itu, dia melihat Rachel melutut di depan jengkaut yang dipandu pemuda Israel dan ketika itu jarak 15 meter dan memakai jaket oren terang yang pasti jelas oleh pemandu jengkaut tu untuk melihat. Pemandu itu terus memandu ke depan dan mengorek tanah berhampiran Rachel yang menyebabkan dia terjatuh. Tetapi jengkaut tu still bergerak ke depan sebelum undur dan bergerak ke depan lagi. Selepas jengkaut itu berundur, mereka menemui Rachel di bawah runtuhan berkenaan dan ketika itu keadaan amat parah dan darah tidak henti-henti keluar daripada hidungnya. Mereka mendengar dia merintih mengenai belakangnya yang patah dan tidak lama kemudian matanya terpejam. 


Untuk berkongsi kepada umum bagaimana keadaan Palestine mengikut pandangan Rachel, Cindy membenarkan kandungan e-mel yang dihantar itu disiarkan The Guardian, mac 2003. Kandungan e-mel tu juga diselitkan dalam sebuah buku memorial bertajuk Let Me Stand Alone, terbitan syarikat W W Norton. Daripada penulisannya, Rachel benar-benar mengkaji kaedah penentangan yg digunakan tokoh keamanan dunia, Mahatma Gandhi dan Marthin Luther.Setiap 16 Mac, masyarakat dunia berkumpul secara aman untuk meperingati jasa gadis kerana keberaniaan beliau semata-mata utk membantu mempertahankan tanah air mereka daripada kezaliman Israel.

" Rachel adalah warga Amerika tetapi mempunyai darah Palestine "

7 comments:

Days said...

this girl sgt brave..kagum weyh..

zai said...

days : tu pasal lah, kalau kita, fuiiihhh pikir banyak kali gak la nak pergi ke tak, pikir boyfren satu hal haha (ok aku dikecualikan, ko je days ) kena wut insurans lu, wasiat semua baru leh g dgn aman. pegi je dgn aman, tapi sampai2 je kat gaza tu tak aman dah

Miq- bukan anak kacukan biasa said...

hye, zai.
miq sedih.
miq sedih.
miq sedih.

miq sedih sebab dia cantik.
ngeee.
miq skew keberanian rachel.

Frodo Baggins said...

n nama rachel corri hidup balik pada kapal rachel corrie. beliau berani ... sangat

Anonymous said...

very2 brave n salut.. kesian beliau..

iemaZAIMAH said...

dye sgt berani!salute gile..org2 Islam lain pun xseberani dye ouh..even somembody yg besar gile kuasa pun tak berani mcm dye..

zai said...

Miq : hahaa, cet kamo miq sedey sbb cantek jer (zai pun rasa cam tu gak har4x) tp sedey juga la sikit2 sebab even dia bkn org palaestine(yahudi) dia still nak tlg palestine


Frodo : ha'a kapal tu taruk sempena memperingati keberanian rachiel, bila la turn nama kita nak jadi famous cam dia , perjuangan untuk keamanan dunia


Macy : kalau kamo, ada berani , kalau zai teringin tapi memikirkan ketakutan/kesakitan/kedaifan/ketidaksempurnaan fuihh banyak tu , nak hidup senang je kita neh, bukan kita , zai je hee


iema : dorang kan mmg dah diterapkan dgn pemikiran radikal so satu2 benda mesti nak yg sgt luar biasa