Monday, August 16, 2010

Sale hola hola sale


sunday weekend, otak baru set yang hari ahad 15-08-2010 ialah hari untuk duduk diam diam dalam kolej. Tapi, plan berubah. pagi-pagi meera cakap yang kaki nya yang injured tu dah ok. tapi aku tahu maksud tersurat dia, dia mahu keluar melihat dunia luar. Dunia luar yang tak berapa nak luar, mid valley. OTAK mula menghantar signal risau+takut bila dengar nama shopping complex, tambah tambah bila  ada jer word SALE, up to 70%, nafsu di bulan puasa sikit tergugat. Bukan sikit agak banyak yang tergugat.

Bergerak secara pantas, tanpa toleh kiri-kanan ke midvalley guna public transport. sempat lagi tidur dalam train, nak ambik energy untuk tawaf satu midvalley. akhirnya misi berjaya tawaf bukan sekali tapi berapa kali pun tak tahulah. agak-agaknya amoi-amoi pun dah boleh cam muka kita ye tak ?

first kedai kitaorang dropped mestilah MPH. selaku student berkaliber, time shopping harus juga ingat buku, baju boleh beli mahal-mahal kenapa tak buku ? tapi, niat tersasar. buku berilmiah bukan menjadi sasaran kami, tapi buku ini menjadi tumpuan .....

okay kan ?

after senyum-senyum di kaunter MPH, kaki terus ke kedai-kedai/boutique-boutique yang menulis word SALE besar besar dengan matlamat boleh me-minimize expenses, tapi boleh dapat items yang meletop habis. biasa la tu manusia, nak barang mahal tapi harga murah, sapa nak kasi cheq oii ? 


antara kedai menjadi sasaran ialah zara,mng, topshop, topman saya tak layan, dorothin perkin dan seangkatan dengannya, yerla dah dia tulis situ discount 70%, siapa tak nak masuk kan..tapi, yang pasti harga after discount still tak memenuhi citarasa kitaorang. hanya sempat rembat satu baju je dari banyak-banyak kedai tu, tu pun after berapa jam pusing , queue nak  masuk fitting room lagi, and queue nak bayar lagi. Last-last cotton on juga jadi pilihan sebab harga sangat murah tapi korang still boleh dapat benda yang lebih kurang sama dengan apa yang ada jual dekat zara, mng,, topshop bla bla bla. tak ker untung disitu ? beli harga murah tapi lebih kurang topshop ? disini saya nak meng-highlight kan takda apa-apa pada jenama. haaah semua tu hanya label okay, jangan terlalu taksub dengan jenama yang tidak ada apa-apa tu.

Tapi, yang peliknya, kenapa foreigner ramai yang shopping dekat situ, I means topshop and blah blah.. padahal baju-baju tu semua dari negara dorang, yang sudah pasti dorang boleh beli dengan harga yang jauhhhhhhhhhhh lebih murah compared to Malaysia. tak ker pelik ?

stop sebentar, bagi laluan untuk azan berkumandang tandanya sudah tiba waktu berbuka. cari-cari dan terus cari kedai makan, lastly just makan fast-food since senang nak order, ambik satu set dah kenyang perut. simple rite ?

u should try this one-mushroom burger 

selepas melantak sampai tak tertelan sebab besar sangat buergernya, ekpidisi diteruskan lagi. Pacaindera tertarik dengan booth Sony, booth ker? but more to exhibition yang tengah membuat bidaan jual barang-barang sony,


saya terpesona lalu kaku lalu terus rasa nak belanja meera ice-cream sebab terlalu dukacita dengan harga bidaan yang ya-ampuunnn murah. tapi siapalah saya, bukan anak datuk, tan sri, puan sri, senator...so, untuk merawat perasaan kecewa, orang cakap chocolate can be cure your heart-broken, so jom mengorat abang-abang jual ice-cream tu .ada apek, ada ali, ada mutusamy, so cukuplah kaum satu malaysia. oh saya lupa apakah kedai jual ice-cream tu, yang pasti bukan BR or H.D




yang zai suka, dorang sangat la sporting. tengok, berapa sudu dah dorang kasi zai rasa, actually banyak lagi sudu tu, tapi dah dibuang okay. paling-paling sedap hazelnut, second sedap chips ice-cream, and paling tak sedap lemon ice-cream. coconut ice-cream juga best, tapi agak muak.

meera kekasih gelap pertama zai. hahaha


then, terus pulang.ohh saya mengantuk, besok zai xsabar nak jumpa madam kishkish cause dia suka buat bunyi mcm buka penutup tin coke, tapi mintak-mintak tak tersasar class pukul 10.30 tu .amin.
- saya zai rindu kedah -


12 comments:

hentakbelipat said...

peh...shoping raye awal beno

theSkycrapper said...

lepas ni kemana lagi mahu shopping?..sunway, t.square, ou, pavilion, atau sacc?..

iemaZAIMAH said...

akakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.....jom la kuar sme :)

Anonymous said...

anda buat saya lapar. nak baskin robbin. tetiba ;p

zai said...

hentak berlipat :

uish, bukan shopping raya lah, saja suka-suka

theskycrapper :

farid perli saya!!!!!

iema :

eima dekat mana ek? next week on weekend sis ada modul. uerkk

macy :

uish, sabaw sabaw tahan nafsu makan anda, saya tahu anda suka makan

theSkycrapper said...

^^..hoho..bukan lah..itu idea tempat2 lain utk d explore lain kali..kan..=D

Unknown said...

saye follow kamu..jom ke blog saye..
sorry bagi tau sini..
saye tak jumpe shoutbox kamu.
hehe..

zai said...

theskycrapper :

next time maybe, bukan masa terdekat ni.haha still ada niat tu

diana :

memang shoutmix dah buang la diana.thanks follow :)

Days said...

babe: nanti org ajak bukak pose mau? give me ur num.aku ari tu kate nak blnje kau kan heee

Aida Effarina said...

igtkan sy je yg tak kuat iman bila nampak sale besar2 camtu. give me ten! ;D

Aida Effarina said...
This comment has been removed by the author.
iemaZAIMAH said...

the minesssssssssssssss jom ;P