Monday, May 17, 2010

Love is in the air

ini entry sangat panjang pasal perasaan . kalau tak suka berperasaan sila jangan gatal mata nak baca dan stop cakap owner blog ni sangat annoying nak bercerita. 

semalam hari guru, tapi tak buat entry pasal hari guru . Itu sebab la Cik Macy tuntut wished dgn hadiah . Macy future cikgu yg bakal dapat hadiah banyak time hari guru sebab mengunakan kaedah Communism. aku mempunyai masalah nak hafal nama cikgu-cikgu tapi sorang cikgu ni memang aku ingat sangat-sangat. Dia  cikgu class darjah satu sek.keb.kulim, cikgu Yang Rozita. aku ingat nama dia pon sebab suka usha anak laki dia yg tua satu tahun dari aku, tengok aku dah ada ilmu cinta since kecik-kecik lagi. tu pasal bila besar tak gatai sebab dah immune.so tak kisah la orang cakap you looks so matured, yesh bonus untuk aku :))


Pagi isnin ni tiba-tiba ja nak type pasal cinta, tak pernah aku buat entry pasal ni okay. malu la wey !! sebab  selalu jer nak berlagak macho kalau cakap bab ni, nak berlagak macho sebab ada perasaan ego, dah sila buang perasaan ego anda ke laut cina selatan. actually i try to escape myself talking about love with people opposite my gender, guys!! jangan gelak dengan statement aku, my friends always mention aku takder perasaan dekat kaum adam. disebabkan muka aku yang sangat takda respon bila jumpa kaum adam. apa ingat aku tak de perasaan ker, don't judge me through my behavior yang kurang behave tu. sekarang sudah 21 maka otak harus berfikiran waras ala-ala 21 tahun and onwards.

crush korang mesti pernah kan crush with someone kan ele elee tak mau ngaku. mengaku sajelah weh, tak jatuh pun saham korang kalau mengaku pun. sepanjang membesar, memang banyak kali lah syok sendiri dengan lelaki-lelaki . first crush dengan anak cikgu aku tu, itu aku paling ingat sebab lepas tu pindah sekolah  lain. waktu dekat sekolah baru, ni ada lelaki tak baligh hantar surat cinta via kakak dia sendiri.wowoh yang tak boleh blah lelaki tak baligh tu class-rep aku sendiri, lepas tahu terus asyik buli dia sebab aku memang famous gelaran buli-buli lelaki, maaf waktu tu aku tak kenal perasaan malu, main belasah saja. maaf juga untuk lelaki tak baligh, sebab surat kau yang tak jiwang tu terus ku buat kapal terbang tanda cinta kau aku tak approve.

bila dah masuk menengah, umor pun dah tambah belas-belas, maka perasaan malu dah menebal, pergi sekolah pun mau kemas-kemas,kasut dah tak mau pakai yang pelekat2 mesti nak kasut bertali, tiap-tiap hari baju mesti basuh kasi bersih, kasut tiap-tiap petang sapu kapur, iron tudung tahap dewa takut berkedut, yerla masuk sek.men mestila jumpa insan bernama lelaki, bukan lelaki tidak baligh yah. sekali lagi hormon gatal aku kembali active!! aku dah start syok dekat remaja itu.  pergi sekolah kalau sehari tak tengok muka remaja itu memang frust, time tu pergi sekolah memang kau lah sumber inspirasiku, kerap lepak class member2 yang satu class dengan remaja itu, kalau cikgu ada meeting aku lah paling happy sebab remaja itu selaku pengawas mestilah dia kena jaga class, buat-buat dapat guide class aku, hoooray sekali lagi. if remaja itu ponteng sekolah alllaa muka Yellow Smiley pon dah tukar jadi muka Garfield .tapi syok dekat remaja itu dah makin berkarat sebab bosan tengok muka macho dan perasan hot dia tiap-tiap hari-- sebenarnya kecewa lepas tahu dia bercouple dengan perempuan tua dari remaja itu--  pergi class tusyen pun ada syok dekat remaja lain , tapi penangan  nya taklah sehebat syok dekat remaja itu :P

lepas sek.men. zaman masuk university. cikgu cakap nak bercinta waktu ni la nak cari couple yang sesuai dan baguih-baguih. tapi lecturer pulak cakap You all janganlah couple-couple time you all tgh study, it will affect your performance then cgpa pun bakal dropped juga. huishh habis tu zaman bila nya nak cari couple ? zaman university, umor 20 cinta ku dengan lelaki itu,  lelaki itu cinta PJJ sebab jauh bukan sebab lelaki itu student PJJ. entah macam mana la aku yang ego dan sombong ne boleh terus accept.tapi tak lama pun , terus aku dan lelaki itu sign surat cerai time waktu kemuncak final exam,nangeh air mata keluar macam gajah kencing tapi syukur tak effect result sem 5 .tapi bila fikir-fikir balik, lawak lah  menangeh tak tentu pasal sebab lelaki itu. makanya, aku memilih jalan selamat untuk tidak senyum langsung dekat lelaki-lelaki yang berselisih jalan dengan aku sampai sekarang. bukan sombong, jaga aurat lah.

 pic taken after pengakuan aku janji tak mau contact kau dibuat. muka seharusnya begini bila sign agreement bercerai , have to hang out with your friends, fun fun chill chill and chill


and now, I have learned not to worry about love at all. I believe love is always here even if your not there.Just lets make it happen naturally without we, need to force to get it...though the good the bad can always give us some learning experience :--))))

17 comments:

Aesya Zealous said...

mesti pandai seimbangkan cinta n study. time study, study betul2, time bercinta, cinta betul2..haha tp lepas habis study laa :)

surayasafie said...

mak cik!! asal gmbr sorg lg tu kna cat? jhat tol...

zai said...

Aesya : lepas habis study? humm buat2 study lama, kang tak rasa lah nikmat bercouple muda-mudi :)

sue: bukan jahat la sue!! pose may may mcm nak tackle pokcik blogger kang tersangkut plak dorang, i jadi org tgh pulak ..malas ai

Aidi-Safuan said...

tuntut hadiah guna kaedah comunism? camner tuh? :P

Berd said...

haha. kau panjang tak semestinya post kau kena berjela. ironman nanti tua pon berkedut. ni kan pulak tudung kau. heh

Anonymous said...

zai!!! akhernye dpt komen cni!

tp da lpe na ckp ape..T__T

bdw, mekaceh, blog ni mkn comel ad name maCy..lalala~ ;p

zai said...

aidi: communism kaedah paksaan kena follow , camtu la gayanya

zai said...

berd : aku dh try make it short, aku xterer nak nak buat summary ahha tu psl pjg, tudung saji tak kedut :)

macy : erk, mmg blog zai lama dh comel, tp makin berseri2 nama macy ada, itu yg die igt ahha

Unknown said...

hohoo. nak bertambah umur ni memang mkin matang dalam menilai cinta ni kan. hukhukk.

ohh ku masih lapanbelas kekekeke;P

zai said...

cikbunbun: 18 doesn't means kamo xlayak nak nilai cinta..cewahh geli geliman sis buat ayat tu k..uishh matang matangg

wanie said...

auww. sy pergi mane2 je ade crush..hihihi...dgn lec pn sy pnh ad crush :P

zai said...

woo, that means u hot wanie

oya said...

love is complicated...

zai said...

bcuz we, human is tooo complicated

Balqish said...

bercinta masa belajar ni boleh terjejas.
takutlah statement tu.
sebab tengok ramai lelaki menjadi even couple time belajar.

zai said...

tp depends juga, tak semua couple masa belajar fail nak perform. ikut mcm mana dorang handle benda alaah ne kn.

yg penting, perasaan and emosi kena control betul2

Mr. Asada said...

hohoho~ baru baca tentang kisah gadis hot gatey dari darjah 1.. hahaha...

apa-apa pun.. semoga ketemu jodoh dengan insan yg terbaek utk kamOo..

=)