Thursday, March 25, 2010

Malays Rather Have Pleasure Than Pressure ?

Di mana boleh cari ramai Melayu 
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sg Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu 
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan maruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu number satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambik kelas kemahiran di hujung minggu
Ada, tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan sahaja yang bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuhkan siapa dulu
Dan suka sangatlah dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan syarat tertentu
Pertama, dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah al-Quran dan Sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apakah yg kita tahu
Cuma baca nak halau hantu.
-------------------------------------------------------------------------------------
Statement ini bukan karya asli zai tapi telah diambik dari one of my lecturer, sebab rasa macam ayat dia best jer, penuh dengan unsur perli-memerli . mintak maaf if tersinggung, yang negeri kelatan dan terengganu tu, sebab ya, 2 negeri tu jer yang masih ramai orang melayu compare to others state.


12 comments:

FaTiN said...

ha'ah. rasa selamat bila lalu kat pavement sorang bila kat kelantan (to be spesific, kat area rumah aii ler haha)

theSkycrapper said...

terima kasih atas peringatan.

iemaZAIMAH said...

org ckp org melayu pemalas..agree x?

aNoZ said...

nyum.. like this post.. suke2. nk tiru gak la nanti. tp nanti lah kot. hehe.. thnx utk ingt kan sesama kite ye

joegrimjow said...

dah masa untuk berubah

yg nk tgok perubahan
tapi xbuat apa2
hanya sia sia


jadilah agen perubah
xubah org pon
ubah diri sendiri

Berd said...

mungkin kerajaan byk sgt bg lemak kt org melayu ni. nak-nak lg dlm sektor pendidikan. sampai ada yg taknak usaha. nak wt cmne. lumrah.


gua org kelantan. ekeke

zai said...

fatin : hee, yerla dkt area umh u, mesti safe

skycrapper : thx, kewajipan tu

iema : umm 50% yes 50% no, depends on certain2 org jugak, attitude, sbb skrg malay dah makin maju, pemikiran dah xsempit

anoz :thanks sbb suke ! anda dialu-alukan utk bt entry mcm ne

joe : yesh, btl tu, kene ubah diri-sendiri

berd: itu kewajipan ! dlm bdg education tu, gov nak kasi rakyat2 nya semua boleh bljr, nk tlg org miskin tegar

scya lollita said...

erm .
btol2 .
kte kne brubah utk stu prubhan .

Mariella Liyana said...

zai...i minta izin pinjam sajak ni eh letak kat my blog.

nanti, i letak disclaimer yang sajak ni lecturer u buat and I amik dr blog u...

boleh tak?

Aida Effarina said...

sis, toyu tu apa eh?

tu laa org melayu. huhuu

zai said...

syieda : so, ape lagi? jom berubah!!

mariella : ambek jer, xyah bayar pon..free he2

aida : kicap, tahu kicap ?

Syida Shu said...

syida suka baca sajak ni (:

*baru sempat nak drop comment . hee