aku berbicara atas nama perempuan tulen. bukan perempuan yang hidupnya masih tercari-cari identiti jantina. confuse mungkin.
mata aku lebih tertumpu untuk melihat gadis 'free-hair'. yang rambutnya macam Blake Lively (Serena Van Der Woodsen), actress Gossip Girl pengaruh kuasa dunia Hollywood. walaupun ku akui, Islam mewajibkan kaum hawa untuk menutup salah satu auratnya daripada tontonan kaum adam. usah berbicara mengenai dosa pahala. sedangkan perempuan bertudung litup, menjaga auratnya kadang-kala lebih teruk dari perempuan yang rambutnya tidak ditutup. bertudung litup tapi baju masih lagi meminjam baju anak saudara, kadang-kala bertudung kadangkala tak, ikut musim mungkin, bergossip sana sini, bergedik sakan, bertepuk tampar dengan lelaki, pemandangan biasa masa kini.
statement aku tidak ditujukan kepada sesiapa. kerna aku tahu, setiap manusia melakukan kesalahan. tiada manusia yang sempurna, termasuk aku, Zai. sudah berjanji tak mahu mengulangi kesilapan masa lalu. tapi siapalah aku, perempuan yang cepat goyah imannya. fikiran boleh berubah mengikut peredaran jam. hari ni bercakap YA besok bercakap TAK. goyah pabila terlihat perempuan bertindik di hidung, aku pun mahu begitu!! cute kata aku. melihat pelbagai product pewarna rambut di watson/guardian, aku pun mahu begitu!! nak jadi perempuan arab kataku yang kita lihat hanya berpakaian serba hitam, menutup segala muka tapi masuk sahaja di perkarangan masjidil haram bahagian tempat solat wanita, rambut berwarna-warni mengalahkan ice-cream pop.tapi, mujur orang disekeliling lebih arif tentang kenikmatan duniawi menegur. terima kasih :-)
comel. perempuan itu comel. perempuan itu cantik walaupun hanya berlip-gloss. tidak perlu bermake-up tebal kayak opera cina mahu membuat persembahan wayang cina Penang. ranggi tapi masih mengekalkan identiti ketimuran. simple, itu yang pasti. berbaju kurung cotton, memakai kasut sneakers, mengikat tinggi rambut panjang ikal mayang nya, mengalas beg seperti Orked dalam filem Sepet (sungguh rindu dengan karya film arwah Yasmin Ahmad)..fuihh cukup untuk membuat lelaki sedang hisap rokok, terbatuk-batuk akibat terlebih sedut asap. perempuan juga mana mungkin tidak melihat ke-arahnya beberapa kali. jealous ? mungkin ya. itu fenomena sebelum ramai perempuan memakai baju kurung cotton. mungkin dilihat agak unik. tapi, sekarang fenomena unik memakai baju kurung cotton dilihat semakin normal. keunikkan gadis comel itu semakin hilang. tapi aku masih tercari-cari kecomelan gadis seperti itu :-).
tenang. perempuan itu buat aku mahu memandang lagi dan lagi dan lagi ke arahnya. mukanya tenang. bertudung litup lagi sopan. dan sekali lagi tidak menabur sebarang bahan kimia keatas kulit mukanya.aku lebih teruja melihat perempuan yang tidak mengenakan sebarang solekan. biar nampak natural. biar mukanya disolek oleh air-sembahyang, tanpa perlu membazir duit membeli segala perkakas make-up, menyuntik botox yang membuatkan muka bertukar menjadi alien. sungguh pelik, umur dah menjangkau 60, muka masih tegang, tidak perlu senyum kerna mukanya selalu nampak senyum. dikala umur meniti 60an sudah pasti tempat yang sesuai bukan lagi di festival fashion show, anugerah ini -itu, tapi yang pasti di masjid ataupun di atas tikar sejadah. mengejar anugerah di alam yang satu lagi, syurga....
hakikatnya, Allah swt mencipta setiap perempuan itu cantik, marilah kita sama-sama mendefinisikan makna kecantikan yang sebenarnya
6 comments:
entry ni.. indah. sangat.
wanita itu cantik. ciptaan Allah yg benar-benar indah. jika tidak masakan diri ini yang sama kaumnya kadangkala tidak berkelip mata melihat pada indahnya ciptaan allah yakni hawa itu.
cuma, bagaimana hawa hari ini, juga semalam, malah esok, menyerlahkan cantiknya~
so.marilah kita menjawab pertanyaan cik macy itu..heheheheh
tiba2 je nak type pasal cantik perempuan ni.
susah nak describe, cuba tanya kaum lelaki. cantik perempuan tu macam mana.
mantappp..
hiro :
mantopppppp?
semua perempuan cantik. tak pecaye? ask yourself. =)
definisi yang tersendiri.. andd ada benar nyaa.. dee rasa pom cute tgk pompuan cam gitu ;)
Post a Comment